in

Ayie Bertemu ‘Roadblock’ Di Konsert Kedua Mentor Otai

Pada hari Ahad lalu, para penonton Mentor Otai telah menyaksikan penyingkiran protégé Siti Sarah, Ayie atau nama sebenarnya, Sairi Bin Sari Osman apabila dia gagal menyampaikan lagu ‘Puncak Kasih’, nyanyian asal Ziana Zain. Ayie yang bekerja sebagai anggota Polis Diraja Malaysia itu telah dikatakan tidak fokus oleh juri tetap, Edry Abdul Halim.

MENTOR OTAI

Selain itu, protégé Zarul Husin, Azee telah muncul sebagai Juara Mingguan dengan persembahan lagu ‘Kemaafan Dendam Yang Terindah’ yang memukau. Oleh itu, barisan protégé yang kekal ke pusingan seterusnya adalah Azran & Elvira (Misha Omar), Alina (Siti Sarah), AJ & Wan (Tam Spider), serta Azee & Lokman (Zarul Husin).

Menurut Siti Sarah, Mentor kepada Ayie dan Alina, “Bagi saya, Ayie telah lakukan yang terbaik. Ayie merupakan seorang protégé yang tekun mempelajari teknik-teknik nyanyian. Namun, saya akui bahawa dia memang kelihatan terganggu dan gugup di atas pentas, malam ini. Justeru, dia tidak berjaya menyampaikan lagu Puncak Kasih itu seperti dalam latihan kami. Kerana itu juga, saya telah katakan ketika bersiaran langsung malam ini, jika saya boleh gantikan persembahan malam ini dengan persembahannya ketika sesi latihan, saya akan buat.

Ayie telah lakukan berkali ganda lebih baik daripada persembahannya tadi ketika dalam sesi latihan. Walau bagaimanapun, keputusan juri dan semua pengundi adalah muktamad, dan kami akur dengan keputusan malam ini. Saya berharap agar Ayie jangan putus asa diluar sana, teruskan belajar dan menyanyi.”

“Mengulas tentang Kak Alina pula, untuk mengekalkan momentum agar dia kekal sebagai Juara Mingguan memang merupakan satu cabaran. Tambahan pula, kehidupan Kak Alina telah bertambah sulit. Hanya beberapa hari sebelum konsert kedua Mentor Otai ini, Kak Alina telah mengatakan bahawa dia baru sahaja kehilangan tempat tinggalnya. Oleh itu, dalam kesungguhannya memberikan sebuah persembahan yang bertenaga malam ini, saya dapat rasakan bahawa penghayatan Kak Alina terbatas kerana Kak Alina sedang memikirkan nasibnya setelah Mentor Otai ini berakhir. Walau bagaimanapun, sebagai mentornya, saya akan cuba lakukan yang terbaik dalam mendidiknya dan tidak menambahkan tekanan terhadapnya agar Kak Alina dapat mempamerkan bakatnya di pentas ini dan mampu membina kehidupannya semula setelah tamat program ini. ” ujarnya lagi.

Konsert Battle Kedua Mentor Otai telah dibuka dengan persembahan duet lagu ‘Keliru’ oleh pengacara Haziq dan Elly Mazlein. Selain itu, konsert ini turut menampilkan persembahan peserta ujibakat pilihan Koh dengan lagunya “Bahtera Merdeka” dan diakhiri dengan persembahan tetamu jemputan, Nik Putra dengan persembahan lagu lagendanya “Cinta Kain Putih”.

Para penonton pula telah memulakan tugas mereka sebagai pengadil persembahan protégé Mentor Otai melalui undian atas talian bermula pukul 6.00 petang sehingga diumumkan waktu talian undian ditutup. Dengan melayari www.xtra.com.my/mentorotai, seorang penonton boleh mengundi sebanyak tiga kali, tidak kira mana-mana protégé. Contohnya, mereka boleh mengundi Azran sebanyak tiga kali, atau meletakkan satu undian untuk Azran, Elvira, dan Alina. Undian mereka akan diambil dikira sehingga persembahan terakhir konsert mingguan tersebut dan markah keseluruhan setiap protégé akan diset semula di minggu hadapan.

Kesemua persembahan protégé akan diadili oleh juri tetap, Edry Abdul Halim dan Mark Adam yang mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan mereka. Markah mereka akan ditambahkan pula dengan 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian melalui laman web www.xtra.com.my/mentorotai. Protégé yang mempunyai markah terendah di setiap akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Pada malam itu, para protégé telah membuat persembahan seperti di dalam jadual dibawah. Lagu-lagu nyanyian mereka ini adalah daripada persetujuan bersama antara protégé dan mentor.

Dalam pertandingan nyanyian ini, selain memenangi trofi Mentor Otai yang akan dianugerahkan kepada penyandang gelaran Juara, Naib Juara, dan tempat ketiga, para protégé juga akan merebut sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM170,000. Juara Mentor Otai akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, manakala hadiah wang tunai untuk pemenang Naib Juara Mentor Otai adalah RM50,000 dan tempat ketiga adalah berjumlah RM20,000.

Bersama Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Program ini juga menampilkan Mark Adam dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Mentor Otai diterajui oleh Encik Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Abdul Ghani Mohd Mokhtar selaku Penerbit Mentor Otai. Program ini juga mendapat sokongan geng media seperti Geng Media Online BH Online dan Oh! Bulan, Geng Strim Live HD tonton serta geng radio Kool FM.

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi di TV3 bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor Otai setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Buat para peminat yang ingin menyaksikan Mentor Otai secara langsung, kehadiran anda dialu-alukan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dan masuk adalah percuma! Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

AJ

Alina

Ayie tersingkir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd Pasarkan Produk A&S, Geneva Dan Ultimate Ears

Yang Korang Perlu Tahu Tentang Filem ROH YANG TAK TERLIHAT