in

Isu Masak Ayam Goreng Tidak Ranggup, Ini Komen Chef Wan

SEHINGGA kini, orang ramai masih bercakap tentang video yang tular di media sosial mengenai ayam rendang dihidangkan oleh seorang rakyat Malaysia dalam program MasterChef UK yang dikatakan tidak rangup.

Chef Wan

Peserta tersebut, Zaleha Kadir Olpin kemudiannya disingkirkan dari pertandingan tersebut pada peringkat suku akhir selepas hidangannya itu gagal menambat hati juri program itu, John Torode dan Gregg Wallace.

Chef Wan

Chef Wan Gesa Juri MasterChef Mohon Maaf

Sebelum ini, cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, membidas kedua-dua juri tersebut menerusi kenyataannya kepada akhbar New Straits Times.

Kini, Chef Wan sekali lagi menyelar tindakan mereka menyingkirkan peserta Malaysia tersebut sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai masakan tradisional negara ini.

Menerusi akaun Instagramnya, Chef Wan menjelaskan dengan panjang lebar pandangannya mengenai isu berkenaan dan meminta kedua-dua juri itu memohon maaf secara terbuka.

“Juri-juri itu bukan sahaja memalukan Zaleha, tapi merosakkan penyertaannya. Tak mengapa kalau dia kalah disebabkan oleh alasan yang betul, tapi bukan itu yang berlaku.

“Mereka sepatutnya memasukkan semula dia dan memohon maaf secara terbuka jika MasterChef UK ingin memulihkan kembali kredibiliti program itu,” ujarnya pada posting tersebut.

Susulan tersebarnya klip rakaman insiden itu, akaun media sosial milik John telah diserbu oleh rakyat Malaysia yang nyata tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan ke atas Zaleha.

Namun, John menerusi akaun Twitternya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda tergugat dengan keadaan itu malah menyindir rakyat Malaysia dengan mengatakan juadah rendang sebenarnya berasal dari Indonesia.

Chef Wan

Sikap sombong John itu telah membangkitkan kemarahan Chef Wan yang menjelaskan bahawa isu tempat asal sesebuah makanan itu tidak sepatutnya dibangkitkan.

Sebaliknya, John yang pernah mengembara ke Malaysia bagi mencuba masakan-masakan tradisional di negara ini sepatutnya lebih berpengetahuan mengenai cara masakan orang sini.

Biar pun individu yang mengeluarkan komen mengatakan ayam rendang sepatutunya dimasak lebih rangup, ujar Chef Wan, John sepatutnya memperbetulkan rakan jurinya itu memandangkan dia berpengetahuan mengenainya

“Bagi seorang cef yang pernah melawat negara kita dan pernah menyaksikan bagaimana juadah rendang dihasilkan, saya terkejut dia kelihatan seperti seseorang yang tidak tahu mengenai juadah itu.

“Tidak perlu nak sindir-menyindir orang berkenaan tempat asalnya sesebuah juadah itu. Ia hanya menunjukkan kebodohan anda (John). Ia juga menyentuh sensitiviti orang ramai,” tulisnya.

Dalam entri berikutan, Chef Wan turut mendedahkan bahawa pihak stesen BBC World telah menghubunginya bagi mendapatkan langsung komen dirinya tentang insiden itu.

Chef Wan berkata, dia telah meluahkan pandangannya serta menasihatkan syarikat produksi dari United Kingdom itu memohon maaf secara terbuka.

Chef Wan

Tidak dapat dinafikan, isu ini telah menyebabkan para netizen terutama dari Malaysia bersatu padu mempertahankan Zaleha dan mengutuk tindakan kedua-dua juri itu di media sosial.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta mempertahankan peserta program realiti tersebut melalui akaun Instagram dan Twitternya beserta gambar juadah rendang.

“Mana ada orang makan rendang ayam ‘crispy’? #MalaysianFood,” tulisnya di media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Bintang AF2016 Emy Meninggal Dunia

Didakwa Curang 6 Kali, Ismail Izzani Mohon Maaf