in ,

Drama Arjuna Uji Kemampuan Nora Danish, Remy Ishak

Pada 26 Mei 2010 lalu, jam 3 petang, Budiey menghadiri satu sidang media dan Majlis Pelancaran & Sesi Pra Tonton drama ARJUNA di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya, pelancaran ini juga diserikan dengan pertunjukan beberapa babak menarik dalam drama ini. Dilakonkan oleh pelakon handalan drama ini, Remy Ishak, Nora Danish dan ramai lagi. Pergh! Mantap! Drama ini sangat hebat dilayar Lambang Sari dengan soundnya fuh gempak giler. Ooo… maklumlah tengoklah sape yang buat kan?

Budiey percaya ramai di kalangan pembaca yang dah tonton episod pertama drama terbaru di slot Aksi – ARJUNA. Dah tonton? Amacam? Boleh lontarkan komen?

Sebuah lagu tema untuk drama ini juga telah dinyanyikan oleh Tomok. Lagu berjudul Arjuna ni sedikit rancak dengan eleman. Sekali dengar macam dikir barat pun ada.

Tomok

Kalau kita selongkar kisah purbakala, memang tak lepas dari cerita dendam kesumat, perlawanan, si baik, si jahat, dan keperwiraan. Kalau di zaman moden, kita ada superhero yang punya kekuatan yang tiada tolak banding manakala di zaman dulu pula kita ada adiwira (superhero jugak). Kali ini kita diperkenalkan dengan watak baru ARJUNA!

Drama bersiri epik fantasi terbitan KRU Studios akan bertemu dengan para penonton melalui slot Aksi mulai 31 Mei 2010, setiap hari Isnin jam 9 malam. Menggantikan drama bersiri Sains Fiksyen Jidin, ARJUNA memaparkan pengembaraan alam mistik para pendekar sakti yang padat dengan aksi pertarungan hebat dan kuasa sakti yang dipersembahkan melalui teknik CGI yang canggih.

Semalam, Budiey dapat rasakan drama ini pasti akan menarik minat ramai penonton. Tengoklah juga pada pelakon hebat dan bukan calang-calang orang ya dalam drama ini seperti Remy Ishak – pemenang Pelakon Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Riz Ainuddin, Nora Danish, Ery Putra, Fikree Bakar, Ana Dahlia, Aman Graseka, Kuswadinata, Komen dan ramai lagi.

Drama ARJUNA diarahkan oleh Elmi Khalim dan penghasilan skrip oleh Fairul Nizam Abas dan Yuzaidania A. Shukor.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3,

“TV3 sentiasa mengambil inisiatif baru dalam menghasilkan program TV yang menarik dan menghiburkan. Istimewa buat tatapan jutaan peminat setia TV3, ARJUNA ialah sebuah drama bersiri epik fantasi yang lengkap dengan aksi hebat, konflik, suspen, percintaan, komedi, dan keterujaan CGI yang mengkagumkan.

“Dengan kerjasama KRU Studios, kami berharap agar ARJUNA mampu meninggalkan impak besar kepada para penonton selain meraih kejayaan rating yang tinggi. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di kawasan hutan seperti Ulu Langat, Pulau Indah, Ulu Yam dan Kemensah yang memerlukan pihak produksi untuk mereka dan menghasilkan set yang bersesuaian.”

Budiey dengar, para pelakon juga memberi komitmen yang tinggi dalam menjalankan persediaan seperti menguasai kemahiran bersilat dan bersedia dengan tahap fizikal yang sangat tinggi. Maklumlah, drama ini memerlukan pelakon semua lasak dan tahan kebal. Luka-luka dan lebam tu biasalah. Ini semua untuk menjayakan lakonan babak-babak aksi yang merangkumi 50% dalam drama tersebut.

Antara gambar yang sempat Budiey ambil..

Remy Ishak sebagai Arjuna

Nora Danish sebagai Cempaka

Riz Ainuddin sebagai Suria

Gaya gagah si Arjuna

Si jahat

Yea, mari sapa mahu lawan?

Ana Dahlia sebagai Sutera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hyrul Mentor Buka Butik AK Design

Hari Susu Sedunia 2010 Meriah & Happening