Hari ini, 23 Mac… sepatutnya menjadi detik terindah buat penyanyi, Sufian Suhaimi yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Elfira Loy sekaligus bergelar pasangan suami isteri.
Namun begitu, siapa sangka tali pertunangan yang diikat pada 8 Oktober lalu terputus di tengah jalan dan gagal di simpul mati dengan ikatan perkahwinan pada 17 Februari lalu.
Enggan mensia-siakan detik terindah tersebut, Sufian memanfaatkan momen itu dengan berkongsi muzik video single terbarunya berjudul Di matamu di laman Youtube.
Baru sahaja beberapa jam dimuat naik, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu sudah menerima hampir 200,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen di laman tersebut.
Rata-rata yang telah menonton video berkenaan berpendapat setiap bait lirik dalam lagu itu mempunyai maksud yang tersirat dan amat menusuk kalbu selain mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Yang peliknya, apabila ada dua pelakon wanita dalam video ini, seorang yang bertudung dan tak bertudung. Nanti kita tanya Sufian apa kisahnya yang berlaku dan siapa kedua-dua model ini.
Bukan itu sahaja, malah netizen juga turut turut memuji kemantapan vokal Sufian selain memberi tiupan semangat dan mendoakan yang baik-baik buat penyanyi berusia 26 tahun itu.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen.