in ,

Lama Tahan Sakit, Hidung Shahrol Selamat Dibedah

PELAWAK, Shahrol Shiro dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pada hidung kira-kira pukul 1 petang pada Selasa.

Memetik beberapa sumber, difahamkan pembedahan tersebut dibuat susulan penyakit sinus atau resdung yang serius dialami oleh artis komedi itu.

Menurut isterinya iaitu Nor Farhanah Syamimi, Shahrol dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ di Johor Bahru selepas mengadu sakit kepala yang teruk sejak malam Ahad lalu.

shahrol-hidung-operate-1

“Dia dimasukkan ke wad pada Rabu tapi dia minta keluar pada Khamis kerana ada beberapa tugasan dan persembahan yang terpaksa dihadiri di Kelantan dan Tangkak, Johor.

“Pada Ahad lepas pula dia nak sambut ulang tahun kedua perkahwinan kami, malam tu dia sakit kepada teruk sampai terpaksa menangis untuk menahan sakitnya.

“Kemudian pada Isnin saya bawa dia ke hospital semula, doktor buat pemeriksaan dan dapati sinus dia semakin bahaya,” ujar Farhanah dipetik mStar Online.

Tambah Farhanah, kesibukan kerja dan tidak cukup rehat merupakan antara faktor penyakit tersebut menjadi semakin teruk.

“Dia kerja kuat sehingga tidak cukup rehat, banyak sangat tanggungjawab yang perlu dia selesaikan. Waktu makan dan tidur pun tidak tetap.

“Ketika dia membuat orang gembira tapi dia sebenarnya menahan sakit,” ujarnya.

Untuk rekod, Sharol, 33, yang kini menjadi penyampai stesen radio Best FM di Johor; juga pernah menjalani pembedahan yang sama sekitar tahun 2015 lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bocey & Friends Live Minggu Ini Bertemakan Kenduri Kawin

Sengketa Ibu Dan Anak Dalam MENGINTAI SYURGA MAMA