Suami kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.
Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang tadi.
“Ya, itu gambar anak kami,” katanya ringkas.
Sementara itu, ramai peminat penyanyi popular itu juga turut melahirkan rasa terkilan kerana gambar itu disebarkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Antara komen yang diberikan:
Bila mana orang yang rapat pun boleh buat perkara seperti ini…. betullah org tua-tua kata JANGAN PERCAYAKAN SESIAPA LAGI-LAGI YANG RAPAT DENGAN KITA….so sad! – Zue
Disyaki orang dalam sendiri yang teruja sangat nak share pic tu…mungkin dia sengaja atau tak dan jahil tentang betapa kuatnya kuasa sosmed zaman sekarang nih…mungkin salah seorang ahli keluarga ctdk atau antara kawan-kawan yang datang menjenguk…so sad lah bila manusia hilang rasa hormat semata2 nak jadi orang pertama dalam smua benda. – Deeny Yahya
Tak hormat langsung orang macam gitu .. takde rasa hormat privacy orang. Hormat pd permintaan dato ct. – Hazwan
Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.
Rata-rata netizen meminta pemilik akaun itu membuang status dimuat naik.
Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai.
Sementara itu, pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar itu.
“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.
“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” katanya.