Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah siri dokumentari terbaharu bertajuk “Impossible Engineering†menyingkap kehebatan kejuruteraan moden dan pembinaan struktur mega yang agak mustahil untuk dibina. Mula bersiaran pada 13 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 tengah hari.
Siri dokumentari 13 episod ini turut berkongsi tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh jurutera-jurutera dalam proses pembinaan sesebuah struktur. Mereka mengambil risiko dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu merevolusikan bidang mereka.
Dalam episod pengenalan bertajuk “Ultimate “Warship†penonton dibawa menyingkap sejarah pembinaan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth. Siap dibina pada tahun 2014 oleh juretera-jurutera dari Britain. Kapal ini mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar daripada dua padang bola sepak dan dapat dipenuhi dengan jet pejuang F35 yang canggih. Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineering, berkongsi kisah bagaimana kapal ini dibina serta cabaran dan halangan yang di hadapi oleh jurutera-jurutera Britain. Turut dipaparkan temuramah dengan beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid dan Stuart Justice.
Menerusi episod “Rion Antirion Bridge†dipaparkan kehebatan Jambatan Rion Antirion, sebuah jambatan kabel yang merupakan antara paling panjang di dunia dan juga merupakan satu-satunya yang tergantung oleh kabel sepenuhnya. Jambatan ini melintasi Teluk Corinth berhampiran dengan Patras, dan menghubungkan bandar Rio di semenanjung Peloponnese ke Antirrio di Greece. Ianya dibuka pada bulan Ogos 2004. . Jurutera-jurutera yang terlibat dalam pembinaannya terpaksa menghadapi cabaran seperti angin taufan dan juga laut yang begitu dalam. Di samping itu, jambatan ini dibina dalam zon gempa bumi yang aktif.
Seterusnya penonton didedahkan dengan keretapi berkelajuan tinggi yang terpantas di dunia iaitu Shanghai Magleve. Kereta api Shanghai Maglev atau Shanghai Transrapid mengamalkan konsep kereta api ‘levitasi’. Menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai ke Stesen Jalan Longyang (di pinggir pusat Pudong), di mana penumpang boleh beralih ke Shanghai Metro untuk meneruskan perjalanan mereka ke pusat bandar. Kelajuan kereta api ini adalah 431 km/j (268 mph). Menjadi kereta api yang terpantas di dunia sejak perkhidmatannya bermula pada bulan April 2004.
Saksikan paparan kapal terbang terbesar di dunia dalam episod “Airbus†iaitu Airbus 380. Kapal terbang ini mempunyai dua dek dan empat buah jet enjin. Dibina oleh syarikat Airbus Perancis. Kapal terbang ini dapat menampung seramai 525 orang penumpang justeru menjadikannya pesawat penumpang terbesar di dunia. Kelajuan pelayarannya adalah kira-kira 900 km/h. Lapangan terbang di mana ianya beroperasi telah dinaik taraf daripada segi kemudahan untuk menampungnya. Airbus 380 ini telah membuat penerbangan pertamanya pada 27 April 2005 dan memasuki perkhidmatan komersil pada 25 Oktober 2007.
Episod “Orion†memaparkan usaha NASA dalam misi mereka untuk menghantar angkasawan ke planet Marikh. Demi menjayakan misi tersebut, mereka perlu membina sebuah roket yang paling kuat dan terpantas yang tidak pernah dibina sebelum ini. Roket Orion ini adalah sebuah roket angkasa memuatkan empat orang angkasawan ke destinasi di luar orbit bumi. Orion bertujuan untuk memudahkan eksplorasi ke asteroid dan juga ke planet Marikh. Penerbangan ujian pertama Orion tanpa angkasawan yang juga dikenali sebagai Exploration Flight Test 1 telah dilancarkan pada tahun 2014.
Ikuti juga paparan tentang “Shard, The Glass Skyscrapperâ€, sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai 95 tingkat dengan ketinggian 244 meter yang direka oleh arkitek dari Itali, Renzo Piano. Bangunan ini terletak di Southwark, London, dan ianya merupakan bangunan tertinggi di United Kingdom seterusnya menjadikan ia bangunan kelima tertinggi di Eropah. Pembinaan Shard bermula pada bulan Mac 2009 dan siap pada bulan November 2012. Mempunyai sebuah dek pemerhatian yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013. The Shard yang telah dibangunkan oleh Sellar Property Group turut mempunyai pangsapuri mewah, sebuah hotel, dan 600,000 kaki persegi ruang pejabat.
Dokumentari setengah jam ini turut berkongsi tentang kehebatan Shanghai Tower, Kansai Airport, Three Gorges Dam, World’s Biggest Cruise Ship dan beberapa lagi struktur hebat di seluruh dunia. Saksikan paparan selanjutnya hanya di TV1.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.