in

Gadis Cantik dalam Whack It

BERSEDIA UNTUK SESUATU YANG LUAR BIASA?

WHACK IT
ADA SEGALANYA…

Tarikh / Hari siaran: 4 Jun 2010 / Setiap Jumaat
Masa Siaran: 9.30 malam
Masa Siaran: 30 minit
Episod: 13 episod
Bahasa: Bilingual (Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu)
Hos: Prem Shanker & Julie Woon

Apa yang bakal terjadi sekiranya anda mengumpulkan sekumpulan gadis-gadis cantik untuk bermain dalam satu ‘gameshow’ yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan mental, malah mengugi ketajaman IQ masing-masing.

Buat julung-julung kalinya anda bakal menyaksikan gadis-gadis cantik akan melalui halangan-halangan yang dasyat! Segalanya di dalam program ‘gameshow’ terbaru 8TV – WHACK IT!

Setiap minggu enam orang gadis cantik akan digandingkan bersama dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Seorang gadis dari setiap kumpulan akan dikurung di dalam ‘Whack Chamber’ sementara dua orang ahli yang lain perlu menjawab soalan yang dikemukakan. Sekiranya mereka memberikan jawapan yang kurang tepat, rakan mereka yang berada di dalam ‘Whack Chamber’ akan menerima hukuman dari ‘Whack Boys’. Siapa ‘Whack Boys’? Tugas mereka cukup mudah kerana mereka hanya perlu memastikan hukuman yang dikenakan kepada gadis-gadis cantik itu dilakukan tanpa belas kasihan!

Terdapat beberapa permainan di dalam WHACK IT!. Antaranya ‘Eat It’, ‘Touch It’, ‘Grab Em,’ Balls’, ‘Shoot It’ dan ‘Wrestle’. Namun hanya tiga jenis permainan yang akan diketengahkan pada setiap minggu.

Segmen ‘Eat It’ memerlukan kesemua peserta memakan lima jenis hidangan yang agak memualkan. Setiap jenis makanan mempunyai markah yang berbeza dan mereka boleh memilih untuk memakan mana-mana jenis makanan dalam masa yang ditetapkan. Kumpulan yang kalah akan menerima hukuman di ‘Whack Chamber’.

Dalam segmen ‘Touch It’ mata peserta akan ditutup dan mereka perlu perlu menyentuh benda yang disediakan antaranya lipas, katak, cacing, kari dan banyak lagi! Mereka perlu memberikan jawapan yang tepat untuk mengelakkan rakan mereka menerima hukuman di ‘Whack Chamber’.

Segmen ‘Grab Em,’ Balls’, ‘Shoot It’ dan ‘Wrestle’ juga tidak kurang hebatnya. Anda pasti terhibur melihat telatah dan aksi peserta-peserta semua!

Pasukan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan ke pusingan final ‘Dig It’ dan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM5, 000! Peserta akan diberi masa 10 saat untuk mencari wang di dalam mangkuk yang dipenuhi cacing, lipas, katak dan lain-lain binatang yang agak menjijikkan. Kesemua jumlah wang yang terkumpul merupakan hadiah yang akan dibawa pulang oleh peserta.

“WHACK IT! bakal menampilkan barisan wanita cantik dari selebriti, personaliti TV dan radio, ratu cantik dan model dari FHM… sekarang anda tahu kenapa anda perlu menonton program ini,” ujar Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim menambah, “Saya pasti ramai jejaka yang akan terus melekat di kaca tv masing-masing sebaik sahaja menonton rancangan ini.”

Penyampai radio Fly.FM Prem Shankar diberi tanggungjawab menjadi hos rancangan ini bergandingan dengan pelakon dan pengacara Julie Woon. Gandingan kedua-dua mereka kelihatan cukup serasi dan perangai ‘gila-gila’ mereka pasti membuat anda tidak kering gusi.

WHACK IT! akan menemui penonton setiap Jumaat, 9.30 malam bermula 4 Jun 2010. Jangan ketinggalan untuk menonton ‘gameshow’ terbaru di saluran hip 8TV!

Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro. Tontoni program-program 8TV kegemaran anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda atau kunjungi lama sesawang 8TV di www.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Girl Season 3

Drama Timothy dan Sayau Di Kapit Sempena Gawai