in

Temasya E-Sukan ESL One Genting 2018

ESL One Genting yang akan berlangsung di Arena Of Stars, Resorts World Genting bermula pada 26 hingga 28 Januari bakal menjadi medan pertempuran pertama kejohanan ESL One 2018

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, Malaysia selaku tuan rumah ESL One Genting 2018 akan digegarkan dengan gegak gempita sorakan ribuan penyokong E-Sukan dari rantau ini. Untuk kali kedua berturut-turut Red Bull, produk keluaran Eropah (Red Bull), dinobat sebagai minuman tenaga rasmi bagi acara berkenaan dan kejohanan-kejohanan ESL One yang lain di seluruh dunia.

ESL One Genting 2017

Red Bull Memastikan Aksi Gempak Bertenaga di Temasya E-Sukan ESL One Genting 2018

Kerjasama ini diteruskan ekoran kejayaan penganjuran kejohanan-kejohanan lalu seperti ESL One Frankfurt dan ESL One Cologne, yang mempunyai rekod kerjasama cemerlang sejak 2012. Nama syarikat minuman tenaga itu sememangnya tidak asing di dalam dunia E-Sukan kerana sering memainkan peranan aktif dalam arena ini menerusi penganjuran kejohanan-kejohanan seperti Red Bull Battle Grounds, Red Bull Player One dan Red Bull Kumite. Acara berkenaan yang akan menjadi kejohanan pembuka tirai sirkit ESL One 2018

bakal berlangsung di Arena Of Stars, Resorts World Genting bermula pada 26 hingga 28 Januari 2018. Kejohanan Dota2 itu juga bakal menyaksikan enam belas pasukan terbaik Dota2 dari seluruh dunia berentap bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah sehingga AS$400,000.

Pada edisi kali ini, lapan pasukan terbaik dunia akan bertarung dengan lapan lagi pasukan dari pusingan kelayakan. Juara bertahan dunia, Team Liquid, yang baru sahaja menjuarai kejohanan The International 7 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10.8 juta, perlu mempertahankan takhta mereka apabila berdepan dengan pasukan ternama lain seperti NewBee, Virtus Pro dan Fnatic yang merancang untuk merampas kedudukan mereka.

ESL One Genting 2017

Pada masa sama, mereka tidak boleh memandang enteng kehadiran pasukan dari pusingan kelayakan yang turut berazam membuktikan kemampuan masing-masing untuk muncul sebagai juara baru. Apa yang pasti, para penyokong E-Sukan, baru atau lama, pasti akan terhibur dengan persembahan permainan yang pintar lagi bertenaga. Bagi anak-anak tempatan seperti Ah Fu (LFY), Nana (Fnatic), MidOne (Secret) dan Mushi (Mineski), sokongan serta sorakan daripada penyokong-penyokong di tempat sendiri pasti menjadi azimat untuk mereka beraksi cemerlang bagi menempa nama di persada antarabangsa.

Red Bull ingin mengalu-alukan kehadiran semua peminat E-Sukan dan semua kaki permainan video sama ada pemain permainan video tegar atau santai untuk menyaksikan kejohanan Dota2 terbesar dan memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet E-Sukan tempatan. Kejohanan ini adalah kejohanan ESL One kali kedua

yang dianjurkan di Malaysia dan telah diangkat sebagai acara E-Sukan terbesar di Asia Tenggara. Red Bull turut bekerjasama dengan Acer Predator bagi menghiburkan penonton di acara tersebut dengan menyediakan aktiviti-aktiviti interaktif seperti pertandingan 1 lawan 1 bersama atlet-atlet serta personaliti-personaliti Dota2.

Penonton juga boleh merasai pengalaman realiti maya (VR) dan menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung menerusi skrin gergasi di perkarangan arena.

ESL One Genting 2017

Selain itu, pengunjung turut berpeluang untuk membawa pulang barangan edisi terhad Red Bull dan Acer Predator. Apa yang pasti, Red Bull selaku peneraju dalam bidang penganjuran temasya E-Sukan antarabangsa menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peminat sukan berkenaan dan akan membawa Malaysia ke mata dunia.

Tahun lalu, kejohanan ini telah disertai oleh lapan pasukan yang terdiri daripada tiga pasukan jemputan dan lima pasukan yang berjaya melayakkan diri bagi mewakili Amerika, China, Malaysia dan Asia Tenggara. Pada perlawanan akhir, Digital Chaos berjaya muncul juara setelah berhempas pulas menewaskan Newbee, 3- 2 dalam pertarungan yang sengit. Manakala tempat ketiga kejohanan jatuh kepada juara The International 2016, Wings Gaming dan Virtus.pro.

Acara utama bagi kejohanan kali ini bakal berlangsung di Arena Of Stars, sebuah amfiteater muzikal dengan kapasiti 6,000 tempat duduk, di Genting Highland.

Ekoran sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan peminat Dota2 di Asia Tenggara, ESL One sekali lagi menganjurkan kejohanan ini di Malaysia untuk kali kedua berturut-turut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESL One Genting 2018, pasukan-pasukan yang bertanding, pemain- pemain, maklumat-maklumat terkini serta laporan-laporan berkaitan dengan kejohanan berkenaan, sila layari www.redbull.my/eslonegenting.

ESL One Genting 2017

ESL One Genting 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Teater OlaBola The Musical

Jangan Lupa Tonton Pentas GEGAR LAWAK Minggu Pertama Jumaat Ini