Drama Mini Bersiri “Chor dan Chah” Musim Ke-2 | Kepada peminat-peminat Chor dan Chah, berita baik untuk anda…. drama bersiri ini kembali untuk musim ke-2 dengan memfokuskan kepada bantuan pengembangan perniagaan dan insentif eksport yang disediakan kepada para usahawan. Ingat lagi tak sebelum ini Chor dan Chah berniaga kan…. ingat tak?
Untuk musim kedua, perniagaan Chor semakin berkembang dan sudah bersedia untuk memulakan aktiviti eksport. Dengan sasaran untuk mula mengeksport, Chor mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada organisasi seperti TM dan MAMPU untuk meningkatkan produktiviti perniagaan rendang toknya melalui aplikasi internet dan maklumat lanjut berkenaan dengan lesen yang perlu dipohon. Selain itu, agensi-agensi seperti SME Bank, CGC, TERAJU dan Platcom Ventures pula bakal membantu Chor dari segi kewangan dan jaminan kredit disamping pinjaman untuk pelbagai kegunaan yang bakal memberikan nilai tambah kepada perniagaan Chor.
Sinopsis Drama CHOR DAN CHAH Musim Ke-2
Rupa-rupanya, pertemuan di antara Chor dan Chah (dari episod sebelumnya) hanya igauan Chor semata-mata. Hakikatnya, Chah masih tidak muncul dalam hidupnya. Chor tertekan dan terus menghabiskan masa yang panjang di pejabat. Namun, produktiviti tidak meningkat malah tekanan perasaan menyebabkan Chor jatuh sakit.
Emak Chor memujuk Siti agar bekerja di syarikat Chor untuk membantu Chor. Siti enggan meletak jawatan tetapi tetap melawat Chor dan membantunya. Siti mengajar Chor untuk ‘work smart’ dan bukan ‘work hard’ dan memasang pakej ict unifi untuk memudahkan kerjanya dan meluaskan potensi pasarannya menerusi pelbagai aplikasi e-dagang. Atas kehendak Chah, Chor merahsiakan pertemuan semula mereka daripada pengetahuan sesiapapun. Chor tahu Chah sedang merahsiakan sesuatu daripadanya tetapi tidak mendesak gadis itu.
Penggunaan internet dan aplikasi e-dagang meluaskan pasaran rendang sehingga ke luar negara. Di bawah program GEB, Chor mendapatkan bantuan daripada SME Corp. Dia juga berhubung dengan Chor semula di situ. Siti pula merasakan hubungannya dengan Chor bertambah baik. Kerana selalu diganggu oleh Azhar, dan atas desakan ayahnya, Siti akhirnya meletak jawatan dan bekerja di syarikat Chor.
Siti ingin meletak jawatan selepas mengetahui Chor sudah bertemu Chah semula, tetapi Pak Haji tidak bersetuju langsung. Mak juga memujuk Siti untuk terus bekerja dan membantunya kerana bebanan yang semakin tinggi disebabkan proses pemindahan ke kilang yang tergendala. Selepas perniagaan eksportnya menampakkan perkembangan, Chor berkongsi inovasi barunya (serunding) kepada Chah. Hubungan mereka rapat semula. Chor kesal dengan sikap Nazrin yang datang lambat untuk sesi temuduga sebagai Pengurus Eksport. Dia enggan memberi peluang kepada lelaki itu sehinggalah diketahui bahawa Nazrin terlambat kerana telah menyelamatkan Siti. Chor menerima Nazrin semula dan mendapati Nazrin mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengusahaan, terutamanya bantuan SME dan GEB.
Emak terlalu merindui anak perempuannya. Siti membantu emak Chor skype bersama anak perempuannya. Nazrin jatuh hati dengan sikap Siti yang suka membantu. Hubungan Chor dan Nazrin bertambah baik dan beransur menjadi seperti kawan baik apabila Nazrin tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan dengannya. Untuk mengembangkan perniagaan eksportnya, Nazrin mencadangkan kepada Chor untuk mendapatkan dana pinjaman daripada CGC. Pak Haji suka dengan sikap Nazrin yang pandai mengambil hatinya. Di antara Nazrin dan Chor, dia mula membuat senarai untuk memilih bakal menantu yang terbaik untuk anaknya. Chor semakin serba salah tetapi tidak menerima perletakan jawatan Nazrin. Malah, dia suka dengan sikap berterus-terang Nazrin. Siti pula berasa geram kerana Chor tidak tergugat langsung dengan keadaan itu. Dia sengaja berbaik dengan Nazrin untuk menimbulkan rasa cemburu.
Chor telah mendapatkan bantuan TERAJU untuk mengatasi masalah pembelian kilang dan mesin. Tanpa mengetahui hubungan lama mereka, Nazrin terus meminta bantuan Chor cara-cara untuk memikat Siti. Akhirnya, Siti memberitahu Nazrin tentang hubungannya dengan Chah. Adik Chor pulang bercuti dan membantu di pejabat. Dia jatuh hati dengan sikap Nazrin. Siti pula berasa tidak selesa dengan hubungan mereka berdua sehingga menyebabkan dia mempersoalkan semula perasaannya yang sebenar terhadap Nazrin. Chor membantu kawan lamanya, Livonia. Menyangka Chah cemburu dengan hubungannya dengan Lavinia, Chor cuba menjelaskan perasaannya yang sebenar terhadap Chah. Chah akhirnya berterus terang bahawa dia tidak bersedia menerima lelaki dalam hidupnya kerana kisah lamanya. Chor berkongsi masalahnya dengan Nazrin dan lelaki itu memberikan banyak petua kepadanya untuk memikat Chah.
Chor sampai di situ dan memperkenalkan Chah kepada Nazrin. Chah dan Nazrin terpaksa berpura-pura tidak kenal antara satu dengan lain. Chor mendapatkan bantuan SME Corp untuk meluaskan potensi pasaran eksport. Flashback: Nazrin dan Chah pernah dijodohkan oleh ibu bapa mereka. Mereka sama-sama tidak sukakan perkahwinan terancang itu tetapi meneruskan hubungan ‘olok-olok’ itu demi menjaga hati keluarga. Namun, lama-kelamaan seolah-olah sudah wujud bibit cinta di antara mereka. Disebabkan salah faham, masing-masing memutuskan hubungan tanpa menyatakan perasaan sebenar. Demi memantapkan persediaan dirinya dalam bisnes eksport, Chor telah mendaftar ke program Superb di bawah naungan Teraju. Chah menuduh Nazrin cuba menganiaya bisnes Chor. Nazrin mengaku dia melakukan semua itu kerana ingin tahu punca sebenar Chah memutuskan hubungan mereka. Chah mahu Nazrin meletak jawatan dan meninggalkan tempat itu. Sekiranya tidak dia akan mendedahkan hal sebenar kepada Chor.
Siti berdepan dengan Nazrin dan Chor. Nazrin meminta maaf kepada Siti atas segala perancangannya. Dia melakukan semua itu semata-mata hendak menguji perasaan sebenar Siti, Chor dan Chah. Siti mendedahkan segalanya kepada Chor. Belum sempat Nazrin hendak menceritakan hal sebenar, Chor semakin hilang pertimbangan dan merasakan dirinya dipermain-mainkan. Chah meleraikan keadaan. Chor mahu Chah berterus terang tentang hubungan sebenarnya dengan Nazrin. Chah terus menghilangkan diri dan meninggalkan nota kepada Chor agar melupakannya. Nazrin meletakkan jawatan dan memulakan misi mencari Chah. Chor mula berasa tertekan sehingga mengugat prestasi kerjanya. Siti banyak membantu mentadbir urusan di pejabat. Nazrin menemui Chah yang dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik. Nazrin menjaga Chah dengan baik.
Kedai dan pejabat Chah diceroboh dan dibakar dipercayai perbuatan khianat. Semua orang menuduh Nazrin sebagai dalang di sebalik kejadian itu, tetapi Chor tidak mempercayainya. Chor mencari jalan mendapatkan pampasan daripada skim insuran. Dengan bantuan dari SME Bank, dia membangunkan semula syarikatnya. Pak Haji banyak memberikan dorongan kepada Siti untuk menambat hati Chor. Siti pula ikhlas membantu Chor kerana tidak sampai hati melihat kejayaan yang dibina Chor terbantu sebegitu sahaja. Dalam kesempitan ada kesempatan.
Chor bertembung dengan Chah. Chah mengaku dia akan berkahwin dengan Nazrin, tetapi Chor tidak mempercayainya. Pak Haji dan emak Chor bekerjasama untuk merapatkan hubungan Chor dan Siti. Chor menghargai bantuan Siti tetapi mendapati dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta lagi terhadap gadis itu. Bukan Nazrin yang melakukan perbuatan khianat itu, sebaliknya Azhar. Nazrin dan Chor berjaya menangkap Azhar dan membawanya ke muka pengadilan. Chor memberitahu tujuan utamanya dia datang ke situ, iaitu, hendak menyerahkan kad jemputan kahwinnya dengan Chah.
Chor akur dengan aturan takdir dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap prestasti syarikatnya. Usahanya membuatkan hasil apabila die memohon menyertai program TERAJU dan bakal mendapat lebih banyak peluang untuk melebarkan sayapnya. Akhirnya, kilang ‘Air Tangan Bonda’ berjaya dibuka. Rendang Tuk dan serunding telah dipakej dengan menarik sekali untuk pasaran eksport. Chor tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Nazrin kerana sibuk dengan ekspo pemakanan yang disertai syarikatnya. Pengkhtirafan terbesar di terimanya apabila Perdana Menteri sendiri kagum dengan kejayaan Chor dan memberikan semangat kepadanya untuk terus mengangkat jenama Air Tangan Bonda.
Terpanjang pulak sinopsis dia kan… untuk drama ini dibarisi pelakon-pelakon seperti Saharul Ridzwan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Afifah Nasir, Shafiq Nazri, Kazar Saisi, Haleeda Mazlin & Luqman Hafidz dan drama ini diarah oleh Kasz Roshan. Telah bersiaran bermula 5 Disember yang lalu.
So jangan lupa saksikan Chor & Chah musing ke-2 di Youtube.