in

Mangsa Banjir di Negeri Pantai Timur

Air minuman bersih untuk Mangsa Banjir di Negeri Pantai Timur

Hujan lebat yang melanda negara baru-baru ini dan dijangka kembali dalam tempoh beberapa minggu akan datang tatkala kita menghampiri penghujung tahun, menyaksikan Coca-Cola Malaysia bersedia untuk menggerakkan rangkaian bekalan di seluruh negara bagi menghantar air minuman bersih kepada mangsa banjir.

Syarikat berkenaan baru-baru ini mengedarkan 48,000 botol air minuman Dasani miliknya ke tujuh pusat pemindahan sementara di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Rantau Panjang, Kelantan serta Hulu Terengganu, Terengganu.

Sumbangan yang bertepatan pada waktunya itu menyediakan air minuman bersih buat kira-kira 5,000 mangsa banjir untuk diminum dan persediaan memasak, penting untuk mengurangkan penyakit bawaan air serta memastikan mereka memperoleh air mencukupi.

Botol air tersebut diserahkan secara rasmi kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di SK Sri Ketereh di Kota Bharu, Kelantan.

Jawatankuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah kementerian berkenaan menzahirkan terima kasih atas sumbangan bekalan air minuman bersih yang sangat diperlukan yang turut digunakan untuk menyediakan masakan panas di pusat pemindahan sementara, dan komitmen Coca-Cola untuk menyediakan bantuan di masa hadapan.

Pada awal November, Coca-Cola Malaysia bertindak pantas untuk menghulurkan bantuan ketika banjir mengejut di negeri-negeri utara, di Pulau Pinang dan Kedah serta menyumbangkan 24,000 botol air mineral Dasani kepada pusat bantuan dan saluran pengedaran yang lain.

“Sebagai perniagaan yang beroperasi di peringkat tempatan, Syarikat ini komited untuk menghulur sumbangan yang diperlukan penduduk setempat dan perkara sebegini berlaku dalam kalangan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Dalam kebanyakan kes, Syarikat Coca-Cola berada pada kedudukan unik untuk menyediakan bantuan sepanjang dan selepas bencana alam ini apabila masyarakat perlu untuk membina semula kehidupan mereka memandangkan rangkaian pengedaran yang meluas dan kehadiran kami di lebih 200 negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei CEO, Gareth McGeown.

Pasukan Coca-Cola menyerahkan air minuman Dasani kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, di SK Sri Ketereh di Kota Bharu, Kelantan.

Mengenai The Coca-Cola Company di Malaysia

Selain Coca-Cola, antara jenama paling bernilai di dunia, Syarikat Coca-Cola di Malaysia mengeluar, memasar dan mengedarkan lebih daripada 80 produk meliputi minuman berkarbonat (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat sifar kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman berjus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) and air (Dasani).

Sejak 2010, Syarikat Coca-Cola telah melabur lebih daripada RM1 bilion di Malaysia, sekali gus mewujudkan 800 lebih peluang pekerjaan dalam usaha memuaskan selera 75,000 pelanggan secara langsung, menjangkau 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Melalui pelbagai program dan insiatif usahasama, Coca-Cola Malaysia berhasrat membawa perubahan positif yang berkekalan kepada komuniti tempatan.

Daripada projek kitar semula menerusi perkongsian dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehinggalah kepada kerjasama dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk menyediakan akes air bersih kepada lebih 22,000 warga desa di pedalaman Sabah serta memperkasakan wanita melalui program keusahawanan Coca-Cola KU – Coca-Cola beriltizam membina masyarakat yang mampan di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Fattah Amin Tidak Muncul di Program MeleTOP 12 Disember

Ini Statistik & Sebab-Sebab Gelandangan