in ,

Percintaan Lucu Dalam Siri BOSS & ME

Kisah seorang bos yang kaya raya bertemu dan jatuh cinta dengan gadis biasa dan miskin, walaupun ia agak cliche ia masih mempunyai getaran sendiri yang menjadikannya unik dan istimewa. Plot cerita komedi romantis yang disulami kisah cinta tiga segi dan terdapat penampilan wanita kedua yang anda akan benci juga kedengaran biasa. Ditambah pula dengan masalah perniagaan atau isu keluarga yang turut diselitkan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan drama Mandarin popular sekitar tahun 2014 adaptasi novel internet terkenal Gu Man bertajuk “Boss & Me” yang sedang bersiaran mengisi slot Golden Phoenix di TV2.

watak utama dalam Boss & Me

Percintaan Lucu Dalam Siri BOSS & ME Isi Slot Golden Phoenix di TV2

Bersiaran menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang, anda pastinya teruja dengan kisah cinta antara bos dengan pekerjanya disebabkan pengorbanan yang pernah dilakukan wanita itu terhadap adiknya.

Ia bercerita tentang seorang gadis muda bernama Xue Shan Shan lakonan Zhao Li Ying yang bekerja di sebuah perusahaan terkenal. Xue Shan Shan sangat menyukai makanan hingga membuat berat badannya semakin hari semakin bertambah.

poster Boss & Me

Sementara itu Feng Teng dibawakan wataknya oleh Zhang Han merupakan bos muda yang kaya raya. Dia memiliki seorang adik bernama Feng Yue yang memiliki darah jenis yang menyukarkannya menerima darah orang lain. Kebetulan Xue Shan Shan miliki jenis darah yang sama dengan Feng Yue.

Rasa terhutang budi dan ingin membalas segala kebaikan Xue Shan Shan yang telah mendermakan darahnya kepada Feng Yue, maka Feng Teng cuba untuk berbaik-baik dengan Xue Shan Shan.

Dia mengambil keputusan menghantar makanan tengah hari kepada gadis itu setiap hari. Apatahlagi bila mengetahui nafsu makan Xue Shan Shan bertambah setelah menjalani proses derma darah tersebut.

Sejak itu setiap hari dia curi-curi memandang gelagat Xue Shan Shan yang sangat menikmati makanan. Tanpa disedari tindakannya itu membuatkan Feng Teng semakin hari mula menyukai Xue Shan Shan dalam diam. Gelagat Xue Shan Shan yang begitu comel dan bersahaja membuatkannya tertarik hari.

Begitu pun malangnya dia takut untuk berterus-terang tentang perasaannya kepada Xue Shan Shan. Takut cintanya ditolak gadis itu.

Lalu bagaimana kisah selanjutnya? Diselangselikan dengan adegan lucu, romantis, dan sedih, ikuti kesudahan siri 33 episod ini.

babak romantis dalam siri ini

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Ranked No.1 in Asian Smartphone Market

Konsert KRU25 Mei 2018 di Istana Budaya