Media Prima Berhad bakal memperkenalkan sebuah festival bagi mewujudkan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berhubung, berkongsi dan memberi inspirasi. Terutamanya buat warga milenia negara, Festival Gegaria ini bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri selama satu hari pada hari Sabtu, 13 Januari 2018, di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.
Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria.
Zon Makan-Makan #Gegaria menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan disediakan buat para pengunjung yang menggemari juadah-juadah yang beraneka macam sepanjang hari. Disamping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menimba resipi baharu dan bertemu secara peribadi bersama Cef Fikree Aznan dan Cef Dato’ Fazley Yaakob dalam aktiviti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).
Di Zon Throwback Tunnel #Gegaria pula merupakan lokasi yang terbaik untuk para pengunjung menimba inspirasi berharga tentang perkembangan negara. Membentangkan dua buah kontena yang berhias artisitik, zon ini mempamerkan seni-seni yang menceritakan era-era perkembangan Malaysia bermula pada tahun 1950-an hingga kini, hasil kerja jurugambar The New Straits Times Press dari Pusat Sumber NSTP. Selain itu, terdapat juga juadah-juadah nostalgia disediakan disekitar Throwback Tunnel #Gegaria ini yang pastinya akan membawa para pengunjung mengimbau kenangan lalu dan memberi inspirasi kepada generasi masa kini. Throwback Tunnel ini akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Tarikan lain yang terdapat di Festival Gegaria adalah, Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle). Beroperasi daripada 10 pagi hingga 6 petang, Dayah Bakar akan menemani para pengunjung di sebuah pentas mini. Para pengunjung bakan berpeluang untuk mendengar sesi perkongsian oleh usahawan-usahawan muda, selebriti media social dan enam orang finalis Anugerah Juara Lagu 32 yang berkisarkan tips-tips menarik media sosial serta fesyen dan stail serta perkembangan artis terkini. Selain itu, pentas mini Gaya Hidup #Gegaria ini juga akan membuat demonstrasi mekap dan hijab untuk penimbaan ilmu para pengunjung. Antara barisan personaliti terkenal adalah Mafarika, Jessica Ong, Nabila Razali, De Fam, Elfira Loy, Padin Musa, Noh Salleh, Salma Asis, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, Hael Husaini, dan The Ming Thing.
Selain itu, Festival Gegaria turut mengambil inisiatif untuk berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan Zon Komuniti #Gegaria (#Gegaria Community). Di zon komuniti ini, pelbagai aktiviti disediakan selama 8 jam bermula 10 pagi untuk para pengunjung termasuk menderma darah, pemeriksaan kesihatan, dan pendaftaran undi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Tarikan terakhir Festival Gegaria merupakan antara tarikan yang dinantikan oleh orang ramai iaitu Zon Hiburan #Gegaria (#Gegaria Entertainment). Sedikit berbeza dengan zon-zon yang lain kerana zon ini beroperasi sepanjang hari dari 8 pagi sehingga 10 malam melalui bahagian-bahagiannya yang berbeza. Pentas Utamanya akan bermula dengan Zumba #Gegaria pada awal pagi dan berehat sehingga ke petang. Namun, zon ini diteruskan dengan aktiviti-aktiviti fizikal, permainan tradisonal, dan permainan elektronik untuk belia yang menggemar menguji fizikal dan mental mereka. Antara permainan fizikal dan tradisional yang disediakan adalah Jengga Gergasi, Timbang Takraw, Ting-ting, Congkak.
Manakala buat penggemar permainan elektronik, bergandingan dengan MyGameOn (MGO) dan Garena, Festival Gegaria ini turut menyediakan pertandingan sukan elektronik untuk permainan FIFA Online 3, Arena of Valor, dan League of Legends dan merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000! Selain itu, terdapat juga Playstation 4, Nintendo dan XBOX untuk hiburan para pengunjung dan yang terkini adalah permaianan Virtual Reality yang pastinya akan memberikan pengalaman bermain di alam maya secara peribadi.
Bagaimanapun, acara permainan fizikal dan elektronik itu akan berhenti pada pukul 5 petang untuk memberi ruang kepada Konsert #Gegaria untuk berlangsung pada pukul 4 petang hingga 10 malam di Pentas Utama #Gegaria. Menampilkan enam finalis Anugerah Juara Lagu 32 seperti Salma, Haqiem Rosli, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, dan Hael Husaini serta lima selebriti hebat seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & the Majistret, Masdo, dan Bunkface.
Festival Gegaria akan memulakan pendaftaran seawal pada pukul 8 pagi dan diikuti dengan aktiviti pertamanya iaitu Zumba #gegaria di Pentas Utama Gegaria bersama Zumba Instructor (ZIN) ternama, Jessica Ong. Zumba #gegaria ini turut disokong oleh aplikasi mudah alih, ‘Wanita’ sebuah aplikasi yang dicipta oleh Media Prima Digital yang sentiasa memberi inspirasi kepada kaum hawa.
Festival Gegaria 2018 di Shah Alam ini merupakan lokasi pertama dalam siri penjelajahannya dan akan diikuti dengan Johor Bahru, Johor pada 3 Februari 2018 dan Kuantan, Pahang pada 24 Februari 2018. Para pengunjung diwajibkan untuk mendaftar di pintu masuk Festival Gegaria ini untuk mendapatkan seutas gelang tangan sebelum mengalami hiburan dan inspirasi tanpa batas. Gelang tangan #Gegaria ini mempunyai rekaan eksklusif untuk setiap lokasi penjelajahnnya. Oleh itu, 1000 barangan edisi terhad Festival Gegaria akan diberikan kepada 1000 pengunjung pertama yang telah mengumpul kesemua gelang tangan #Gegaria.
Untuk maklumat lanjut, para penggemar festival dan hiburan tanpa henti boleh layari laman Facebook rasmi Gegaria ‘GoGegaria’ (www.facebook.com/gogegaria) atau laman sosial Instagram @gogegaria (www.instagram.com/gogegaria). Jangan lupa juga untuk menggunakan tandapagar #gogegaria di laman sosial anda dan kongsikan pengalaman hebat anda bersama Festival Gegaria.