Syarikat rakaman Universal Music dan XOX Media telah bekerjasama menubuhkan aplikasi ONEMUSIC iaitu platform informasi hiburan yang menggabungkan muzik, video, podcast, radio dan media sosial.
Menerusi aplikasi tersebut, pengguna berpeluang mendapat informasi eksklusif dan terkini ikon dan selebriti kegemaran mereka. Selain itu, mereka turut menjadi antara orang pertama yang mengetahui isu yang sohor kini dari serata dunia.
Perhatian, para pencinta muzik! Pernahkah anda merasa keliru dengan banyaknya pilihan yang tersedia di luar sana untuk mendengar muzik kegemaran anda? Adakah anda masih mencari satu aplikasi yang membuat anda berasa terkini dengan bukan sahaja berkaitan muzik paling hangat, tetapi perihal berita semasa dan media sosial dari rakan dan selebriti kegemaran anda juga?
ONEMUSIC – My Social Entertainer; sebuah penghibur media sosial yang merangkumi segalanya! Memperkenalkan rangkaian pelbagai saluran pertama yang meliputi bukan hanya muzik, tetapi juga video, podcast, saluran radio dan TuneMoji. Tidak dilupakan juga berita semasa dan terkini media sosial serta kandungan premium eksklusif!
Apa yang membezakan ONEMUSIC – My Social Entertainer ialah keupayaan untuk memaparkan dan mengakses bukan hanya muzik, tetapi pilihan kandungan anda iaitu semua berita terkini dan semasa, daripada trend selebriti, fesyen dan belanja, kembara, kecergasan dan sukan, filem, dan banyak lagi. Anda juga boleh mengendalikan media sosial kegemaran anda dari Facebook, Twitter dan Instagram, supaya anda sentiasa boleh berhubung, walaupun semasa anda mendengar muzik.
Bukan itu sahaja, pelanggan ONEMUSIC juga menjadi penerima maklumat pertama dan terkini serrta eksklusif dari artis kegemaran mereka. Anda juga boleh memilih untuk mendapat ikon berita media sosial kegemaran anda di susur garis masa supaya anda menjadi yang terkini untuk mengetahu perkembangan berita dunia kini.
Hari ini, ONEMUSIC – My Social Entertainer juga berbangga untuk mengumumkan kolaborasi istimewa antara penyanyi Indonesia , Anggun dan Fazura! Lagu mereka, yang bertajuk “The Good Is Back”, akan dilancarkan secara eksklusif di platform digital pada tahun 2018. Sementara itu, Anggun juga akan melancarkan sebuah album baru yang sememangnya dinanti-nantikan.Album bertajuk “8”, ini bakal menemui peminat pada 8 Disember ini.
Fazura, yang baru-baru ini melancarkan album sulungnya, berkata dia berharap para peminat gembira dengan kolaborasi ini. “Ia merupakan satu penghormatan yang luar biasa untuk dapat bekerja bersama Anggun yang sangat berbakat, dan saya tidak sabar menunggu peminat dapat menikmatinya melalui platform ONEMUSIC.”
Seperti yang dinyatakan terdahulu, anda tidak hanya mendengar muzik paling hangat dimainkan, kerana ONEMUSIC – My Social Entertainer juga turut menyediakan Radio dan Podcast, yang menampilkan kandungan tempatan dan antarabangsa. Jika anda merupakan pengguna premium, anda juga boleh membuat saluran dan senarai anda sendiri dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan.
Jika anda merupakan pengguna XOX, jangan lupa untuk menyemak TuneMoji ketika mengulas dan berkongsi muzik dengan rakan-rakan. Dengan kandungan ‘gif’ animasi yang besar ( termasuk coretan video muzik artis kegemaran anda!), anda tidak lagi hanya membalas komen dengan cara lama lagi, iaitu melalui teks mesej. Anda juga boleh menghantarnya kepada sesiapa sahaja termasuk pengguna bukan XOX (yang akan dapat mengakses dan menikmati TuneMoji semasa tempoh percubaan).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad, Encik Ng Kok Heng berkata beliau begitu teruja kerana pencinta muzik akhirnya berpeluang meneroka ONEMUSIC. “Seperti tagline kami, muzik benar-benar universal dan ONEMUSIC – My Social Entertainer ini membolehkankan pengguna mengakses skop yang luas dan bukan sahaja muzik, tetapi ia juga menghubungkan mereka dengan rakan-rakan dan tetap kekal terkini dengan apa yang sahaja yang sedang berlaku di seluruh dunia.”
“ONEMUSIC – My Social Entertainer bukan hanya aplikasi muzik biasa,” tambah Encik Kenny Ong, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura. “ONEMUSIC – My Social Entertainer ini membolehkan pencinta muzik terus dikemaskini secara langsung oleh artis kesayangan mereka, malah mereka mendapat infomasi yang terkini serta eksklusif malah diundang ke acara-acara menarik.”
Khusus buat para pelanggan ONEMUSIC, kalian akan dikemaskini dengan maklumat terkini mengenai acara terbaru serta infomasi perihal artis domestik dan serantau yang melakukan jelajah kota, festival YouTube dan banyak lagi acara menarik.
Bersempena dengan pelancaran ONEMUSIC – My Social Entertainer hari ini, kami juga dalam pencarian peminat setia Jacky Cheung! Pemenang kempen ini akan dihadiahkan dengan tiket konsert, penginapan dan tiket penerbangan untuk dua orang untuk menyaksikan persembahan penyanyi hebat ini secara langsung tetapi bukan hanya satu, bukan dua, tetapi di TIGA bandar yang berbeza! Bukan hanya itu, mereka juga akan menerima dua set barangan premium rasmi, yang terdiri daripada t-shirt, beg tote, termos, botol dan topi.
Apa yang anda tunggu-tunggu lagi? Daftar untuk ONEMUSIC – My Social Entertainer menggunakan e-mel atau laman media sosial anda dan ia sememangnya mudah. Aplikasi ini terdapat dalam tiga pakej berbeza (BASIC, PLUS, dan PREMIUM) dan kini tersedia untuk dinikmati semua. Lebih menarik lagi, applikasi ini menyediakan tempuh percubaan dari Disember 2017 sehingga Mac 2018. Selepas itu, aplikasi ini hanya boleh diakses oleh pelanggan XOX.