in ,

Farahdhiya Jejak Keluarga Sebenar Dalam Telemovie OMBAK KENANGAN

Membawakan watak utama sebagai Cempaka Muslim, seorang penulis wanita dari Jakarta antara cabaran diterima pelakon Farahdhiya membintangi telemovie bertajuk “Ombak Kenangan” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 16 Disember ini, pukul 10.00 malam di TV1.

Kecintaannya terhadap kesenian dan kebudayaan membawa dia menjadi kolumnis ruangan kebudayaan dalam salah sebuah majalah di Indonesia. Dalam setahun dua itu, fokus utamanya ingin menyelami keunikan tradisi kesenian Wayang Kulit termasuklah Wayang Purwo, Wayang Kulit Jawa dan sebagainya. Setiap masa terluang akan digunakan untuk menulis, tentang kebudayaan dan juga luahan isi hatinya.

poster Ombak Kenangan

Farahdhiya Jejak Keluarga Sebenar Dalam Telemovie OMBAK KENANGAN Di TV1

Turut menampilkan lakonan mantap Ridhuan Hashim, Azza AF dan Yaya Maembong, ia mengisahkan Tuan Jalal, bekas pengarah filem yang mengalami kekesalan sepanjang hidupnya atas kesilapan masa lalu. Kini beliau mengusahakan sebuah chalet percutian tepi pantai, Seri Ayu Resort di negeri Kelantan. Beliau memiliki keperibadian dan personaliti tokoh yang dihormati oleh orang ramai.

Setiap hari, di waktu senggang, Tuan Jalal menghabiskan masanya merenung jauh di tepi pantai. Sakit jantung yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu seringkali mengganggu kesihatannya. Sementara itu keinginan Cempaka untuk menyelami lebih dalam mengenai kesenian wayang kulit membawanya ke bumi Malaysia untuk mendekati pula Wayang Kulit Kelantan. Dia kemudiannya menyewa kereta ke Pantai Timur.

Setibanya di Kota Bharu, secara tidak sengaja dengan Osman, pemandu van pelancong yang membawanya ke chalet perangin tepi pantai milik Tuan Jalal, Seri Ayu Resort yang sering menganjurkan persembahan Wayang Kulit untuk tatapan pengunjungnya. Osman telah memperkenalkan Cempaka kepada Tuan Jalal yang juga merupakan bapa angkatnya.

Setiap kali merenung jauh di tepi pantai, ingatan Tuan Jalal adalah tidak lain terkenangnya kekesalan terhadap kisah hidupnya yang lalu. 20 tahun lalu, dia seorang pengarah filem ternama. Mempunyai isteri seorang aktres terkenal. Dia punya segalanya. Hidup dalam kemewahan. Tuan Jalal dan isterinya berada di puncak kerjaya mereka ketika itu.

Namun begitu, ketaksubannya terhadap dunia filem dan pengkaryaannya membuatkan dia hilang sesuatu yang dipanggil nikmat berkeluarga. Kesibukannya sebagai pengarah dan kesibukan isterinya sebagai pelakon membuatkan anak tunggalnya, Suraya yang ketika itu berusia 6 tahun sering berasa terbiar dan terpinggir. Dalam sebuah rumah mewah, Suraya banyak menghabiskan masa dan meluahkan kasih sayang pada orang gaji rumah mereka yang Bibik.

Satu hari, Suraya tanpa sengaja terlanggar air minuman di atas meja lalu tertumpah di atas skrip Tuan Jalal. Tuan Jalal yang begitu tekun dengan kerjanya itu tiba-tiba mengamuk. Tuan Jalal yang ketika itu begitu marah memandu keretanya keluar dari rumah untuk mententeramkan jiwanya.

Kerana itu, kini Tuan Jalal banyak menghabiskan masa merenung jauh di pantai. Kerana di pantai mengenangkan Suraya amat suka kepada pantai. Tuan Jalal tertarik dengan semangat anak muda seperti Cempaka untuk mendalami kesenian tradisi wayang kulit ini lalu mengajak Cempaka untuk tinggal di rumahnya, rumah banglo di tepi pantai yang cukup indah. Tambahan pula dia tinggal keseorangan.

Perhubungan antara Tuan Jalal dan Cempaka semakin rapat. Tuan Jalal banyak berkongsi pengetahuannya tentang wayang kulit. Osman yang merupakan anak angkat Tuan Jalal memang sering berkunjung ke rumah itu. Selama inipun, memang Osmanlah yang mengambil berat tentang kesihatan Tuan Jalal. Sesekali Osman membawa Cempaka untuk melawat kawasan-kawasan kebudayaan di sekitar Kota Bharu.

Seminggu di rumah Tuan Jalal, perhubungan Osman dan Cempaka juga semakin rapat. Tuan Jalal gembira melihat perkembangan itu. Perhubungan akrab antara mereka bertiga mengembalikan Tuan Jalal pada sesuatu yang pernah dia hilang, nikmat berkeluarga.

Tanpa diduga, perhubungan akrab Osman dan Cempaka membawa perasaan dengki terhadap mereka oleh Alya. Alya menaruh hati kepada Osman, namun cintanya sering tak berbalas. Melihat kemesraan Osman dan Cempaka, Alya menjadi kurang senang. Alya cuba memburukkan Cempaka. Hingga dia bersemuka dengan Cempaka memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada Osman.

Namun siapakah sebenarnya Cempaka? Adakah dirinya miliki hubungan pertalian keluarga dengan Tuan Jalal? Saksikan kesudahannya hanya di TV1.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran E! Bakal Siar E! VIP With A-LIN 

Aksi Will Smith Dalam Filem I AM LEGEND