in

Hanya RM5, McCafe Kini Semarakkan Budaya Kopi di Malaysia

McCafé Tawar Kopi Istimewa dengan Harga Berpatutan pada Bila-bila Masa, Dimana Jua

Kini rakyat Malaysia boleh menikmati kopi yang enak, berkualiti tinggi dengan nilai hebat

Seiring dengan perkembangan budaya kopi atau ‘coffee culture’ dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia memperbaharui McCafé sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menyediakan kopi premium istimewa kepada para peminat kopi dengan harga yang berpatutan pada bila-bila masa.

PHOTO 1 - Opening Gambit -  officiating with an intro of new McCafe cup design

Dibuat daripada 100% biji kopi Arabica berkualiti premium, dikisar segar dan disediakan khas oleh barista terlatih, McCafé menawarkan kopi yang cukup enak bermula dengan harga serendah RM5.

PHOTO 11 - Mocha Kau Bahagia song performed by Haqiem Rusli

PHOTO 3 - Celebrating the Malaysian love for coffee with McCafe

McCafé kini boleh didapati di kaunter hadapan dan restoran drive-thru McDonald’s. Tidak lama lagi, pelanggan juga boleh menikmati McCafé di rumah menerusi perkhidmatan McDonald’s McDelivery.

Menurut Azmir Jaafar, pengarah urusan dan rakan operasi McDonald’s Malaysia, McCafé memainkan peranan penting dalam aspirasi McDonald’s untuk menyediakan kopi premium berkualiti tinggi kepada orang ramai. Peranan ini juga bertujuan untuk meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap kopi dengan menyediakan pengalaman yang berharga dan menyenangkan sementara para pelanggan menikmati secawan kopi kegemaran mereka di McCafe.

“Dengan budaya kopi premium yang semakin popular dalam kalangan generasi muda di Malaysia, ini merupakan peluang McDonald’s untuk turut serta dalam berkongsi kegembiraan sebegini dengan mempertingkatkan lagi nilai yang ada pada McCafé.

“Kami sedar bahawa kopi yang enak tidak semestinya mahal dan fokus kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang terbuka, selesa dan mesra dimana orang ramai boleh menikmati secawan kopi premium berkualiti tinggi dengan senang hati,” tambah beliau.

PHOTO 12 - Mocha Kau Bahagia cast - Farah Nabilla

Azmir turut menyatakan bahawa masih terdapat peluang pertumbuhan bagi pasaran ini walaupun terdapat banyak rangkaian kedai kopi di pasaran.

“Kami memiliki lebih 200 cawangan McCafé di Malaysia yang terus berkembang maju. Dengan budaya kopi yang semakin berkembang, kami berhasrat untuk mengambil peluang menembusi pasaran tempatan serta memperluaskan lagi kemampuan kami dan memperbaharui tawaran menu yang lebih menarik pada tahun mendatang,” tambah beliau yang menyatakan bahawa keuntungan McCafé terus meningkat.

Bagi meraikan pembaharuan McCafé ini, McDonald’s telah bekerjasama dengan Media Prima Berhad untuk menerbitkan drama mini empat episod bertajuk Mocha Kau Bahagia. Menampilkan Syafiq Kyle, Farah Nabillah, Syazwan Zulkifli, Issey Fazlisham dan Meera James, drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi diantara tiga krew restoran McDonald’s dalam mengharungi kehidupan seharian bekerja di restoran perkhidmatan segera ini.

Drama ini mula ditayangkan di TV3 pada 1 November 2017, dengan episod akhir dijadualkan pada 2 Disember 2017.

Semasa majlis pelancaran, 10 peminat McDonald’s yang terpilih telah diberi kesempatan untuk menghadiri tayangan awal episod akhir drama ini dan sesi bertemu peminat yang diadakan secara eksklusif bersama Syafiq, Farah dan Syazwan.

McCafé Masterclass turut diadakan semasa majlis ini, dimana tetamu yang hadir diberikan penerangan tentang pelbagai jenis kopi dan perkongsian menarik tentang kesesuaian kopi dan kek yang ingin dinikmati.

Sesi pembuatan seni kopi juga dikendalikan oleh barista McCafé khas untuk untuk lima pemenang Fun Quiz semasa majlis ini.

PHOTO 10 - Exclusive Premier of Mocha Kau Bahagia

PHOTO 13 - Mocha Kau Bahagia cast, Syafiq Kyle

PHOTO 14 - Mocha Kau Bahagia cast - Syazwan Syamil

PHOTO 15 - Mocha Kau Bahagia casts autograph signing with Fans

PHOTO 2 - Chit Chat Session with Azmir Jaafar, Melati Abdul Hai & Q&A with the casts of Mocha Kau Bahagia

PHOTO 4 - Mocha Kau Bahagia casts sharing their thoughts on their best McCafe experiences

PHOTO 5 - McCafe Masterclass Quiz

PHOTO 6 - Winners of Masterclass Quiz who get to try McCafe Coffee Art class

PHOTO 8 - Melati Abdul Hai

PHOTO 9 - McCafe Coffee Art class

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MANDATORI Sebuah Lagi Novel Ramlee Awang Murshid Dijadikan Drama Bersiri

Aishah Mahu Cipta Kelainan Untuk Lagu TERGANTUNG SEPI