in

Animasi Khas Cuti Sekolah Pukul 2.30 Petang Di TV1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut sama teruja meraikan musim cuti sekolah ini bersama penonton setia salurannya terutama golongan kanak-kanak. Menerusi saluran TV1, RTM cuba menceriakan adik-adik tersayang dengan tayangan dua animasi menarik yang pastinya dapat mewarnai waktu senggang mereka.

Menariknya animasi ini bukan sahaja menghiburkan sebaliknya sarat pelbagai mesej bermanfaat selain diselitkan dengan nilai kasih sayang dan persabahatan yang boleh dicontohi semua. Malah ianya dapat menjadikan tontonan anda lebih bermakna.

Fruiterama

Menghiburkan penonton setiap pukul 2.30 petang di TV1, luangkan masa menyaksikan animasi bertajuk “Fruiterama” setiap Isnin dan Selasa juga animasi “Atan dan Nyet” setiap Rabu dan Khamis.

“Fruiterama” sebuah animasi penceritaan yang menghiburkan kanak-kanak menggunakan buah-buahan sebagai watak seperti durian, mangga, kelapa, nona dan sebagainya. Episod pengenalannya berjudul ‘Maharaja Buah’ di mana Tok Nyior menceritakan tentang buah durian yang menjadi Maharaja Buah. Kemudian diikuti dengan segmen kuiz – kumpul dan menang di mana penonton diajukan soalan.

Seterusnya episod ‘Buah Dabai’ di mana Tok Nyior menceritakan tentang Si Kalo buah gabai. Semakin menarik dengan episod ‘Muka Buah’ berkongsi cerita tentang Si Agogo buah mangga yang asyik dengan facebook.

Saksikan juga antaranya perjalanan kisah menghiburkan dalam episod ‘Kaya Kelapa’ (Tok Nyior menjadi kaya menjual kaya kelapa kepada Raja Samdol), ‘Warung Kedondong’ (tentang warung itu yang melarang Raja Durian makan di situ), ‘Kotak Buah’ (tentang sebuah kotak yang dihantar oleh Raja Samdul kepada Raja Durian), ‘Legenda Mangga’ (tentang moyang Agogo yang sangat hebat tetapi buah-buah di Fuiterama meragui tentang lagenda itu), ‘Mahamega Raja Buah’ (menceritakan Raja Samdol telah mengistiharkan nama baru untuknya iaitu Mahamega Raja Buah), ‘Ombak Dabai’ (tindakan Raja Durian mahu menyerang Raja Dabai. Ratu meminta pertolongan Kesastera Kontet), dan ‘Hikayat Gukguk’ (menceritakan Gukguk telah mengambil tempat Agogo sebagai badut istana Fruiterama. Ini menimbulkan permusuhan antara agogo dengan Gukguk).

Sementara itu “Atan Dan Nyet” sebuah animasi berunsurkan pendidikan dalam bentuk kartun animasi khas bagi kanak-kanak pra sekolah. Pengembaraan menarik kanak-kanak berumur 9 tahun dikenali sebagai Atan dan robot monyet miliknya iaitu Nyet. Nyet dilengkapi dengan kecerdasan buatan dan mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengetahui apa sahaja bakal berlaku pada masa depan. Begitu pun Atan mempunyai akal yang cerdik untuk memilih dan memenuhi keinginannya untuk mendapatkan objek dari masa depan.

animasi Atan dan Nyet

poster Fruiterama

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jaslin Puasa & Sean Lee Dekati Etnik Sabah dan Sarawak Dalam Program ETNISITI

Kesiannya, Akaun Instagram 3 Juta Followers Janna Nick Digodam