Antara artis yang pergi ujibakat ialah Nas Adila, Haida, Siti Sarah, Intan Sarafina, Siti Saerah, Shahila dan Alya. Itu penyanyi wanita, penyanyi lelaki lagi ramai yang gila nak masuk OIAM musim kedua ni. Alahai Siti Sarah tak serik-serik lagi ke? Tengok sahaja nanti siapa yang menang OIAM musim kedua ni. Katanya, lebih hebat dari biasa… huhu!
Kebelakangan ini, begitu banyak sekali press release atau sebaran media yang dihantar ke email Budiey. Terima kasih 8TV kerana melayangkan email dan jemputan. Terima kasih! Insyallah, akan saya bantu semampu mungkin untuk mewarwarkan kepada pembaca program TV korang.
Oh ya, Budiey baru sahaja telah mendapat tambahan untuk tiket 20 Yang Anggun pada 24 November ini. Terima kasih Blu Inc Media! Pemenang akan diumumkan pada 15 November nanti.
Siti Sarah yang masih tak serik-serik. Peserta tegar! huhu! Good luck adik Siti Nurhaliza.
Siti Sarah… wah… sanggup ke berjauhan dengan tunang?
Saksikan Bintang Yang Bakal Menyinar Di 8tv Kembali Menggegarkan Dunia Anda Mulai 16 November Ini!
Rakyat Malaysia kini sedia untuk dihiburkan dengan bakat-bakat baru yang mengagumkan serta saat-saat suka-duka para peserta apabila rancangan kegemaran ramai One In A Million kembali menggegarkan kaca TV anda.
Program realiti yang mendapat sambutan hangat ini akan menonjolkan bakat-bakat baru terpendam pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam mulai 16 November ini di saluran 8TV.
“Peminat rancangan One In A Million pasti akan teruja apabila melihat bakat-bakat baru yang dicungkil. Selain itu, para penonton juga dapat menyaksikan pentas pertandingan dihangatkan lagi apabila artis-artis ternama sedia berentap dengan para peserta lain,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif di 8TV, Encik Ahmad Izham Omar.
“Antara artis-artis yang terlibat pada kali ini adalah penyanyi yang pernah dicalonkan dalam kategori vokal terbaik di beberapa majlis anugerah muzik seperti Siti Sarah dan Intan Sarafina, Hamira Yusof yang berjaya ke peringkat akhir dalam Sinaran Pasport Kegemilangan serta beberapa lagi artis terkenal,” menurut Izham.
“Melalui peningkatan jumlah bakat-bakat baru dan penyertaan artis-artis tersohor yang akan bertanding pada musim ini, keinginan untuk meraih kememenangan adalah lebih tinggi dan para juri serta warga Malaysia pasti akan menghadapi cabaran untuk menentukan siapa yang benar-benar layak dijulang sebagai juara,” ujar Izham lagi.
Menurut Izham, episod pertama program realiti yang diminati ramai ini akan menyiarkan liputan sesi uji bakat yang telah diadakan di Kota Kinabalu, Sungai Petani, Johor Bahru dan Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pertandingan realiti TV yang mendapat sambutan hangat ini kembali untuk musim kedua menawarkan hadiah wang tunai RM1,000,000 untuk juara barunya. Selain hadiah lumayan wang tunai bernilai RM 1,000,000, One In A million merupakan sebuah rancangan realiti TV yang memberi peluang kepada penonton bukan sahaja untuk mengundi masuk peserta kegemaran mereka tetapi juga untuk mengundi keluar peserta yang mereka inginkan.
Penyanyi bersuara soprano yang terkenal dengan muzik klasikal dan kontemporarinya, Syafinaz Selamat bersama penerbit / penulis / pengubah lagu yang terkenal dengan kritikan-kritikan yang sinis dan tajam, Paul Moss, telah bersiap sedia untuk memberikan komen-komen yang membina sebagai juri di dalam One In A Million musim kedua ini.
Manakala personaliti TV dan pelakon terkenal Awal Ashaari bersama Marion Caunter sekali lagi diberi tugasan bersama sebagai perantara antara peserta dan penonton di rumah untuk musim kedua One IN A million ini.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk meyaksikan episod pertama ‘One In A Million’ pada 16 November 2007, hari Jumaat, jam 9.30 malam hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro melalui saluran 708.
[tags]nas adila masuk oiam, gambar siti sarah oiam, intan sarafina mas airasia, gita gutawa lagu, lagu tema oiam, juara oiam musim kedua, komisen, properly, adsense log, wealth advisors, danielle danny beeson, myspace, puteri nora danish, sakit puan, samarinda, songs download, ummi nazeerah [/tags]