in ,

Yang Anda Patut Tahu Tentang Telemovie AKU BUKAN RASUL

Kisah seorang anak muda yang kembali ke kampung halaman dan cuba untuk berdakwah ke jalan Allah melalui pengajaran agama di surau yang telah lama ditinggalkan.

Beliau diuji oleh individu yang berkepentingan dengan fitnah dan hasad dengki namun kesabaran anak muda itu mengatasi segala-galanya. Akhirnya beliau berjaya mendapat kejayaan dalam perjuangan dan mereka yang membencinya mendapat balasan yang setimpal.

Dakwah Ke Jalan Allah Dalam Telemovie “Aku Bukan Rasul”, Khas Maulidur Rasul Ini di TV2

Dilakonkan watak utamanya oleh Johan As’ari, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie khas sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk “Aku Bukan Rasul” pada 2 Disember ini, pukul 2.00 petang menerusi saluran TV2.

Turut menampilkan gandingan pelakon Alia Farhani Ahmad, Mubarak Majid, Liza Othman dan Fazreen Rafi telemovie arahan Zul Huzaimy Marzuki ini menonjolkan watak pemuda yang nekad memperjuangkan usia mudanya untuk berbakti ke jalan Allah meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Kisahnya berlatarkan kemunculan watak utama iaitu Haziq dan adiknya Fatimah kembali ke kampung untuk menyelesaikan wasiat tanah wakaf daripada arwah ayahnya, Marzuki. Meskipun pada mulanya berat untuk dia memikul amanah itu namun Haziq nekad melakukannya.

Sementara itu di kampung, Nordin selaku ketua kampung tidak senang dengan kedatangan Haziq kerana mengenangkan peristiwa lalu di mana dia telah memfitnah bahawa arwah Marzuki telah mengajar ajaran sesat di surau kampungnya dahulu. Dia risau kemunculan Haziq mahu membalas dendam arwah ayahnya.

Meskipun sukar, Haziq bertekad mengajar agama di surau tersebut sekalipun mendapat tentangan Nordin dan Ali. Pada masa sama pelbagai unsur riba wujud dalam perniagaan oleh Nordin dan pengikutnya. Mereka menganiaya orang kampung dengan menjual pelbagai barangan runcit dengan harga yang berlipat kali ganda dengan alasan mereka terpaksa merentas sungai yang jauh untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Pengaruh Haziq makin berkembang dan surau makin meriah. Ali cuba membakar surau tetapi gagal serta jatuh sakit. Sekalipun marah dengan tindakan Ali, Haziq tetap berusaha membantu mengubatinya dan situasi itu telah menginsafkan Ali.

Telemovie AKU BUKAN RASUL

Setelah kejadian itu, Nordin pula mengalami sakit yang sama dan setelah sekian lama barulah beliau bersetuju untuk memohon maaf dengan Haziq kerana tanah yang diwakafkan arwah Marzuki telah ditukar milik oleh Nordin. Dia berterus-terang dengan Haziq kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu.

Mampukah Haziq memaafkannya? Adakah Nordin sememangnya insaf atau hanya berpura-pura? Ikuti kesudahan telemovie khas sambutan Maulidur Rasul ini di TV2.

Telemovie AKU BUKAN RASUL

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Telemovie AKU BUKAN RASUL

Telemovie AKU BUKAN RASUL

Telemovie AKU BUKAN RASUL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Sweet Fazura Panggil Fattah ‘DARLING’ Trending di Youtube Malaysia

Alvin Chong Kini Sah Jadi Artis di Bawah Naungan Universal Music