Ini antara petikan berita yang telah tular dan trending di sosial media. Dikatakan kata kunci untuk carian berita Fattah dan Fazura juga telah trending dan memperolehi banyak carian di Google. Tahniah! Ramai betul orang nak tahu tentang dua figura selebriti popular ni, kan?
Pasangan selebriti, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, mengesahkan mereka selamat mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga selebriti wanita itu di Petaling Jaya, Selangor.
Fattah berkongsi, rombongan keluarganya berjumpa wakil Fazura pada tarikh berkenaan untuk merisik dan bertunang, sekali gus menepis dakwaan mereka mendirikan rumah tangga sebelum berlepas ke tanah suci.
“Alhamdulillah, proses merisik dan bertunang berjalan dengan lancar apabila pihak keluarga saya ke rumah keluarga Fazura,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Pelakon lelaki itu turut menafikan mereka sudah pun bernikah sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
“Kami juga tidak bernikah di Makkah,” kata bintang yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot itu.
Majlis yang diadakan di kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu pula, katanya adalah majlis doa selamat sempena pemergian mereka ke Makkah.
Pasangan selebriti itu muncul pada sidang media terbabit bagi menunaikan janji sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menjelaskan segala desas-desus mengenai pertunangan dan pernikahan mereka.
Fattah turut menjelaskan, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan selain dua acara resepsi, masing-masing untuk keluarga dan media serta peminat.
Pasangan terbabit baru saja kembali dari Makkah, hari ini, selepas lebih seminggu berada di Arab Saudi bersama keluarga masing-masing. – Berita Harian
Fattah, Fazura Rancang Hari Bahagia
PASANGAN sensasi, Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura Sharifuddin, 34, mengesahkan bertunang pada 13 November lalu serta menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.
Fattah berkata, mereka sedang menguruskan pelbagai perkara, termasuk dokumen pernikahan serta bakal menghadiri kursus perkahwinan sebagai persediaan bergelar suami isteri pada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
“Kami sudah bertunang dan majlis merisik diadakan pada hari sama pada 13 November lalu di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya, Selangor.
“Ia majlis tertutup atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.
“Memang sejak awal kami sudah merancang untuk menghebahkan berita gembira ini kepada media dan peminat selepas pulang dari Makkah, tetapi ada pihak yang membuat spekulasi lebih awal hingga membuatkan ramai tertanya-tanya.
“Kami ingin mengesahkan tiada majlis pernikahan seperti yang tersebar di media dan laman sosial dalam tempoh dua minggu kami di Makkah,” katanya pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.
Pasangan yang hadir sedondon dalam persalinan putih itu dikatakan terus bergegas ke hotel selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang, kira-kira jam 4 petang tadi.
Ditanya mengenai perancangan majlis pernikahan, kata Fattah, ia belum diputuskan tetapi akan diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat.
Fattah menambah, majlis resepsi dirancang awal tahun depan. – Berita Harian
Fattah Berjaya Lunturkan Kedegilan Fazura
Pelakon Nur Fazura mengakui dia seorang wanita degil dan tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat memandang hanya memikirkan karier seni sahaja.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata hati dia bagaimanapun terbuka apabila bertemu Fattah, 27, selain mula melihat masa depan mereka bersama.
“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat. Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima,” kata Fazura kepada mStar Online.
Fattah dan Fazura mengadakan sidang media di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada Jumaat bagi merungkai persoalan hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah di Makkah pada 15 November lalu.
Dalam pada itu, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan dalam masa terdekat sementara dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan.
Menurut Fattah, memandangkan jadual kerja mereka berdua terlalu padat, segala urusan perancangan ke arah mendirikan rumahtangga akan diserahkan kepada pihak pengurusannya.
“Dengan jadual kerja kami yang ketat, saya sendiri menyerahkan perancangan kepada pihak syarikat pengurusan saya. Ada beberapa perkara yang perlu kami buat. Pergi kursus kahwin dan uruskan dokumen. Insya-Allah kami akan bernikah dalam masa terdekat. Dua majlis resepsi untuk keluarga dan media serta peminat akan diadakan pada tahun hadapan.”
Majlis pertunangan dan merisik Fattah dan Fazura telah berlangsung pada 13 November lalu.
Manakala mereka juga menafikan adanya majlis pernikahan sehari selepas itu. – Mstar Online