in

AMBER CHIA, RESHMONU, ALIF SATAR BAKAL MERIAHKAN WORLD MILK DAY

Hari ini Budiey nak cakap sikit pasal SELEBRITI & SUSU. Ya… susu yang korang selalu minum masa nak masuk tidur tu. Sangat best & berkhasiat, kan?

Dulu, masa Budiey susah nak tidur, minum susu aje boleh buat kita rasa rileks. Insomnia atau susah nak tidur? Mmm… tiada lagi!

Seperti yang kita semua tahu, susu adalah minuman yang berkhasiat di mana ia mengandungi segala jenis zat dan galian, pendek kata susu ni ibarat makanan yang sempurna dan seimbang.

Selain kalsium, susu juga ada zink, protein, lemak, karbohidrat dan vitamin.

Tak hairan ramai selebriti yang Budiey jumpa, rata-rata mengamalkan minum susu setiap hari.

Kata mereka, susu bagus untuk tulang dan kulit. Patutlah kulit mereka nampak sihat dan gebu. Minum susu rupanya.

Susu rendah lemak juga elok untuk kesihatan. Seperti pendapat seorang penyanyi terkenal yang Budiey temui di Anugerah Industri Muzik yang lalu bersetuju dengan fakta ini. Katanya, susu rendah lemak mengandungi lemak yang rendah dan sangat baik untuk kesihatan.

Bercakap pasal susu ni, Budiey baru sahaja dapat tahu tentang beberapa orang selebriti seperti Amber Chia, Shakila, Dayana, Sharizan Borhan, Reshmonu, Alif Satar, Najwa dan Khoo Cai Lin akan memeriahkan satu event – WORLD MILK DAY pada 30 Mei 2010 di Pavilion KL, Bukit Bintang jam 10 pagi.

Budiey dah pun ‘mark’ kalendar untuk hadir menonton persembahan artis ini sekaligus meraikan HARI SUSU SEDUNIA ini. Korang macamana? Jomlah kita hadir beramai-ramai. Lagi pun 30hb Mei tu semuanya cuti kan? Inilah masanya nak buat gathering ramai-ramai.

Mungkin bagi pembaca yang tak biasa dengan HARI SUSU SEDUNIA ini pastinya masih keliru apa sebenarnya hari tersebut dan apa aktiviti yang akan dijalankan.

Untuk info pembaca, WORLD MILK DAY ini diraikan sejak tahun 2001 oleh United Nations’ Food & Agriculture Organisation (FAO) pada 1 Jun untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perihal pentingnya susu untuk kesihatan masyarakat seluruh dunia.

Dari pemerhatian Budiey, masyarakat di Malaysia masih ada yang langsung tak berminat untuk minum susu. Berbanding dengan penduduk di Barat, penduduk Malaysia mengambil lebih kurang 30 liter susu setiap tahun. Ini bermakna, 70% kurang dari jumlah yang diambil oleh masyarakat di Barat.

Mujurlah adanya kempen Spread the Goodness of Milk yang dianjurkan oleh syarikat produk susu terkenal iaitu Dutch Lady Malaysia. Bagi Budiey ini satu kempen yang berkesan sekali. Yelah, sekurang-kurangnya, kempen sebegini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kebaikan susu dan faedah nutrisi yang terkandund dalam susu.

Budiey diberitahu, sambutan kali ketiga di Malaysia ini antara yang terbesar bakal diadakan. Tempoh selama 2 hari iaitu 30 Mei dan 1 Jun.

Sempena dengan HARI SUSU SEDUNIA, kempen diperluaskan dengan iklan di kaca TV dan akhbar untuk mengalakkan masyarakat kita minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

Nak tahu kelebihan minum susu?

1. Memberi tenaga – pemakanan seimbang boleh menguatkan lagi tenaga. Ini menjadikan badan kita tak cepat letih. Segala kerja akan dilakukan dengan sempurna dan berkesan.

2. Untuk tidur yang lena – Susu mengandungi gabungan asid amino yang asli untuk menolong kita lebih rileks dan tidur dengan lena.

3. Kecantikan – Memang betullah kata beberapa orang selebriti yang percaya dengan keajaiban susu yang mana boleh mencantikkan kulit.

4. Kekal langsing – Kandungan kalsium dalam susu boleh mengurangkan berat badan dan menguatkan tulang serta gigi.

Bertenaga dan energetik.

Elok untuk kulit

Untuk tidur yang lena.

Kekal langsing.

Pada hari tersebut, buat pertama kalinya Dutch Lady Malaysia akan memberikan lebih 250,000 pek susu UHT Edisi Terhad World Milk Day secara PERCUMA di seluruh Malaysia dalam dua perisa iaitu coklat dan rendah lemak.

Reka bentuk pek edisi terhad ini dipilih menerusi satu peraduan yang diadakan di kolej. Pemenangnya ialah Amelia Ong Bee Leng dan Ten Ming Khang dari PJ College of Art & Design.

Amelia Ong Bee Leng (kanan) dan Ten Ming Khang (kiri)

Untuk julung kalinya, Dutch Lady menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir di HARI SUSU SEDUNIA untuk mencatatkan rekod baru Malaysia Book of Records untuk Largest Milk Drinking Event.

Seramai 2,500 orang disasarkan dan setiap seorang meminum satu pek susu UHT Limited Edition World Milk Day.

Pendek kata, anda boleh minum susu secara percuma pada hari itu sepuas-puasnya. Budiey bayangkan ia seperti satu PESTA SUSU!

Kepada pembaca yang ingin menyertai WORLD MILK DAY – Malaysia Book of Records ini boleh hadir untuk mendaftarkan nama di Pavilion KL pada jam 10 pagi pada 30 Mei ini.

Seperti yang Budiey katakan tadi, macam-macam aktiviti dan persembahan akan diadakan termasuklah ada show dari selebriti ternama. Event akan berlangsung sepanjang hari iaitu bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 8 malam. Budiey percaya, ini pasti satu event yang happening dan gempak!

Jangan lupa untuk mewar-warkannya kepada semua ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dan siapa sahaja. Kalau nak edarkan artikel ini melalui Facebook dan Twitter pun Budiey alu-alukan sangat.

Kepada semua pembaca budiey.com, kita jumpa di sana!

Untuk info lanjut, jom layari www.dutchlady.com.my/stgom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahir Juara Akademi Fantasia 8

Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru