Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi pertama sesi uji bakat pencarian Bintang RTM 2018 bermula pada 1 hingga 3 Disember ini. Pilihan lokasi mewakili Zon Selatan ini membuka penyertaan kepada anda yang bakat dalam bidang nyanyian untuk menyertainya.
Mengekalkan sistem penjurian profesional sepenuhnya dalam pemilihan juara, sesi uji bakat ini kini kembali memulakan pencarian kepada peserta berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun.
Kejayaan penganjuran Bintang RTM diterbitkan sejak 1974 ini nyata berjaya melahirkan bintang berkualiti berdasarkan penilaian profesional bukan populariti semata-mata.
Sesi uji bakat seterusnya di empat buah lokasi seluruh negara iaitu pada 2 dan 3 Disember di RTM Kuantan Pahang (Zon Timur), 9 dan 10 Disember di RTM, Kuching, Sarawak (Zon Sarawak), 9 dan 10 Disember di RTM Kota Kinabalu, Sabah (Zon Sabah) dan 16 dan 17 Disember di RTM Pulau Pinang (Zon Utara).
Sesi tersebut berlangsung pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang di kesemua lokasi.
Antara syarat peserta uji bakat menyanyikan lagu-lagu ciptaan pencipta tempatan atau antarabangsa sama ada lagu berirama pop komersial, balada, rock, r&b, Jazz, dangdut dan pop etnik.
Usah lepaskan peluang bersama-sama menyertai uji bakat ini.