in

Gossip: Cinta Songsang Artis Syok Sendiri

SOSEH SOSEH: Cinta songsang, syok sendiri!

CINTA, cinta, cinta. Memang manusia suka bercinta. Tapi SS pelik memikirkan sikap sekumpulan artis lelaki ini yang SS rasa dah semakin songsang hala tuju hidup dan ‘cinta’ mereka.

Dulu kalau nampak artis wanita baru yang ‘melecun’, semuanya tak berkelip mata memandang. Ada yang berani akan cuba pelbagai cara untuk pikat artis wanita itu. Senang cakap, siapa yang dapat miliki cinta artis wanita itu boleh dianggap sebagai hero dan hebat.

Tapi sekarang pula lain pula ceritanya. Selera mereka dah menyimpang kerana bukan lagi artis wanita cun yang jadi pilihan, sebaliknya sasaran mereka beralih kepada pelakon lelaki yang kacak dan jambu! Setahu SS, mereka menggelarkan pelakon muda itu sebagai anak ikan. Tak pastilah sama ada ikan bilis ke, ikan bawal ke atau ikan todak kerana SS tak pandai nak tafsirkan maksud yang geli-geleman tu.

SS dengar, seorang artis baru lelaki turut menjadi buruan kumpulan ini dan ramai yang mula ‘tergila-gilakannya’. SS pernah lihat wajahnya dalam satu program TV dan tak dinafikan wajahnya memang boleh mencairkan wanita tapi rupa-rupanya kumpulan lelaki yang SS sebutkan tadi pun sama. Yang melarat dan haru-biru lagi, kumpulan artis lelaki songsang tadi secara tiba-tiba mengaku yang pelakon kacak itu ‘kekasih’ masing-masing. Malah sampai timbul perasaan cemburu pula! Wah gitu! Peliknya, artis kacak itu langsung tak kuasa nak ambil tahu dan terus jadi seram dan gerun apabila mendapat tahu cerita sebenar.

Dalam pada tu, SS dengar ada artis wanita yang turut meminati artis kacak berkenaan tapi tidak dilayan sangat kerana dalam proses membina karier seninya yang baru nak bermula. Siasat punya siasat, dia sebenarnya dah ada kekasih yang cantik dan cun. Patutlah. Jadi dia mungkin hendak setia pada yang satu. Yang artis songsang tadi, semuanya SS labelkan sebagai meroyan dan syok sendiri! [Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Epik Arjuna Lakonan Remy Ishak

Dayang & Marcell SAYANG Concert Esplanade Singapore