in

Project Superstar Musim ketiga di 8TV Kembali Lagi

Pencarian bakat nyanyian rancangan Project Superstar Malaysia di 8TV diteruskan lagi untuk musim ketiga.

Rancangan pencarian bakat nyanyian realiti berbahasa Cina dimulakan dengan beberapa siri ujibakat yang telah dijadualkan akan berlangsung pada bulan November ini di beberapa tempat terpilih seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

“Rancangan ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat daripada penonton yang berkemampuan bertutur dalam bahasa Cina sepanjang dua musim berturut-turut. Bukan itu sahaja, rancangan ini juga berjaya menghasilkan dua orang penyanyi berbakat besar iaitu John (pemenang musim pertama) dan Henley (pemenang musim kedua),” ujar Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Project Superstar Malaysia 3 dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 28 tahun yang berkebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin. Kontrak rakaman adalah di antara hadiah yang bakal menanti pemenang di samping hadiah utama yang lain.

Project Superstar Malaysia 3  akan melalui tiga tahap iaitu ‘Battle of the duets’ (di sesi ujibakat dan suku akhir) diikuti dengan ‘Best of the best’ (separuh akhir) dan kemuncak acara – ‘Battle of the Sexes’ (pertandingan akhir).

Penyingkiran peserta di peringkat suku/separuh akhir akan melibatkan kombinasi undian dari para juri sebanyak 30% dan penonton 8TV melalui sistem SMS sebanyak 70%.  Manakala pada pertandingan akhir nanti penjualan CD sebanyak 30% turut diambil kira selain 70% dari undian SMS penonton.

Berikut adalah tarikh-tarikh dan tempat-tempat ujibakat yang telah dijadualkan:

Tempat: Cititel Penang, Penang
Tarikh: 17 & 18 November
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: The Puteri Pacific, Johor Bahru
Tarikh: 24 & 25 November
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 1 Disember
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: MINES Shopping Fair, Kuala Lumpur
Tarikh: 7, 8 & 9 Disember
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Mereka yang berminat dialu-alukan hadir di lokasi ujibakat di atas dengan membawa  bersama salinan kad pengenalan diri dan juga dua keping gambar (1 gambar penuh & 1 gambar dekat). Bagi menghangatkan lagi sesi ujibakat ini, para peminat setia rancangan Project Superstar Malaysia juga berpeluang untuk bertemu dengan finalis-finalis akhir Project Superstar Malaysia 2 di lokasi-lokasi ujibakat sempena sesi penjelahan dan bertemu peminat.

Butir-butir adalah seperti berikut:

Tempat:  Tingkat 5, Gurney Plaza, Penang
Tarikh: 17 November, 2007
Masa: 1 petang – 2 petang

Tempat: Ruang legar City Plaza, Johor Bahru
Tarikh: 23 November, 2007
Masa: 8 malam – 9 malam

Tempat: Blok A, Ruang Legar Warisan Square, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: 30 November, 2007
Masa: 8 malam – 9 malam

Tempat: Ruang legar pentas Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
Tarikh: 7 Disember, 2007
Masa: 8.30 malam – 9.30 malam

Magnum Corporation Berhad akan terus menjadi penaja utama Project Superstar Malaysia 3. Ini merupakan tahun ketiga kerjasama antara Magnum dan 8TV menerbitkan rancangan realiti yang diterima baik oleh masyarakat.

“Kami percaya rancangan Project Superstar Malaysia 3 akan menjadi musim yang paling hangat! Rancangan ini terbukti berjaya menghiburkan sebahagian besar penonton berbahasa Cina. Magnum sangat berbangga dan teruja kerana sekali lagi diberi peluang untuk menaja rancangan ini untuk tiga tahun berturut-turut.  Kami percaya rancangan ini bukan sahaja menawarkan hiburan dan keseronokkan yang berterusan tetapi juga memberikan peluang dan platform unggul kepada bakat-bakat muda di Malaysia untuk membuktikan kebolehan mereka dalam bidang nyanyian dan sekaligus menjadi bintang terkenal,” jelas Pengurus Besar di Magnum Corporation Berhad, Mr Tuen Foo Fat.

Anda juga dapat menonton Project Superstar Malaysia 3 melalui laman web www.8tv.com.my. Anda hanya perlukan kemudahan akses Internet jalur lebar menerusi komputer ataupun laptop untuk menonton program kegemaran di mana jua dan pada bila-bila masa.

Penonton kini dapat menonton program-program melalui online secara percuma dalam jangkamasa 12 jam selepas ianya ditayangkan di kaca TV. Selain dari itu, penonton online juga dapat menikmati kandungan ekslusif web, sebalik tabir, klip ujibakat, program yang diacarakan secara langsung dan eksklusif serta promo video.

Tiada lagi alasan terlepas menonton Project Superstar Malaysia 3 dengan perkhidmatan catch-up 8TV, secara eksklusif di www.8tv.com.my

[tags]Project Superstar, www.8tv.com.my, City Plaza, utusan malaysia, mangga online, murai portal, Johor Bahru, Gurney Plaza, Penang, Cik Lam Swee Kim, Magnum Corporation Berhad, Mr Tuen Foo Fa, sports toto website, cek tendang, Gary Yap, Airin Zainul (8TV), Suzanne Soo (Magnum), Lam Swee Kim (8TV), Cheryl Lee, Orange Tan, ciplak keyword siapa, baca blog, manager sexual harrasment, tips bercinta dengan suami orang, fasha sandha perampas, gambar Maia-Mulan Lesbian, gambar cium mulut mulan, bini dani lesbian[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Radio Era – Hotlink 2007

The Best Years di 8TV Lakonan Charity Shea, Bramdon Jay McLaren