12 usahawan muda berjaya dalam bidang perniagaan diceburi mereka tampil menghiasi 13 episod program berbahasa Inggeris bertajuk “Yes” yang sedang bersiaran menerusi saluran TVi (Astro 109). Bersama hos Nadya Salim, program disiarkan setiap Sabtu, pukul 10.00 pagi dan ulangannya pukul 5.00 petang ini berkongsi tip-tip kejayaan dan rahsia peribadi tentang kehidupan mereka yang tidak diketahui sebelum ini. Begitu juga petua yang boleh digunakan penonton untuk memperbaiki kehidupan dan perniagaan mereka.
Usahawan muda jemputan adalah Tony Lim dari Boat Noodle, Sara Dalina dari Mesra Alam Sekitar, Dr. Azizan Osman dari Richworks, Zikry Kholil dari Insitement, dan Adam Azriff dari Wood & Steel, Mukhilis dari Megavizyon, Dato Sri Dr. Vincent dari Andaman Group, Dilla Karim dari Zawara, Eddie Samad dan Hugh Koh dari Pestle & Mortar, dan The Amazing Millionaire Sister – Elynn dan Akmar, Vivy Yusof dari Fashion Valet dan Shirena Hamzah dan Clara Lim dari Dancesteps Studio.
‘YES’, Young Entrepreneur Show, Kongsi Inspirasi Usahawan Muda Berjaya di TVi (Astro 109)
Program ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu segmen pertama menjelaskan bagaimana seseorang usahawan itu dipilih untuk menyertai dalam program ini. Segmen kedua bermula dengan rakaman tentang jadual harian usahawan dari saat mereka meninggalkan rumah sehingga kembali ke rumah semula. Segmen ketiga, usahawan akan berkongsi rahsia peribadi mereka secara terkini tentang hidup mereka yang orang tidak tahu.
Mengakhiri setiap episod hos mengambil kesempatan berkongsi dengan penonton tentang contoh-contoh yang boleh menjadi rujukan pada penonton untuk menjadi usahawan berjaya. Contoh-contoh tersebut dibahagikannya kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah Passion, Objektif dan Ketabahan. Fasa kedua adalah Kesedaran Sendiri, Kemahiran dan Tatatertib Sendiri manakala fasa terakhir untuk menjadi usahawan yang berjaya adalah Kreatif, Keyakinan dan Komitmen.
Antara episod menarik dekati personaliti Vivy Yusof pengasas Fashion Valet ditubuhkan sebagai syarikat fesyen e-dagang pada tahun 2010. Bagi pendapat Vivy Yusof organisasi yang mempunyai hubungan pelanggan yang baik dapat mengembangkan perniagaan mereka tanpa gimik, pemotongan harga atau layanan khas. Konsep bagi membolehkan sesuatu perniagaan itu benar-benar berjaya adalah berdasarkan kepada amanah. Dengan amanah, pelanggan sesebuah syarikat itu akan makin bertambah. Membina kepercayaan sesebuah syarikat itu perlu kerja keras dan ia juga mengambil masa yang agak lama. Selain itu ia penting juga kerja secara berpasukan dan teras yang paling penting adalah perkhidmatan, konsisten dan ketelusan.
Ikuti episod bersama tetamu Dilla Karim dengan latar belakang dalam bidang perakaunan dan kewangan daripada University of South Australia. Beliau adalah Pengarah Mirage Resources Sdn. Bhd. dan pemilik 19 cawangan “Zawara Fast Fashion Muslimah Clothing Store” di seluruh Malaysia. Dengan bantuan abangnya, Kamarul Karim Mirage Resources Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Julai 2009 dan pendapatan pada tahun 2014 adalah 18 juta. Berikutnya, beliau sedang membuat persediaan untuk melancarkan 30 cawangan “Chain Fast Gourmet Coffee”.
Episod berikutnya temuramah bersama Dr Azizan Osman, pengasas dan presiden Richworks serta seorang jurulatih Business & Marketing Strategi yang paling berjaya. Dalam tempoh 6 tahun, 400,000 peserta telah menghadiri program transformasinya tentang pembangunan peribadi dan pemasaran. Beliau diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat terbesar di Malaysia. Beliau menganjurkan pelbagai seminar dan kursus keusahawanan, pemasaran dan motivasi. Hari ini, Dr Azizan Osman adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif lebih 27 syarikat dalam pelbagai industri seperti agensi pengiklanan, perbankan, badan bukan kerajaan dan banyak lagi. Di sebalik kejayaannya, beliau masih menuntut ilmu dengan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan sebagai Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan.
Usah ketinggalan banyak lagi perkongsian inspirasi berkaitan usahawan muda berjaya ini dalam 13 episod keseluruhannya.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.