SEBUT je pasal kahwin, haaa… mesti macam-macam nak kena prepare termasuklah barang hantaran yang bakal dibawa ketika akad nanti. Kalau ikut adat, cukuplah sekadar beri buah-buahan, persalinan baju, seperangkat alat solat dan beberapa lagi kelengkapan diri lain.
Tapi… zaman sekarang ni, fuhhh… lagi advance! Macam-macam jenis hantaran pelik yang dibagi, mahu terkejut tok kadi oi!
Perkara ini lah yang berlaku kepada salah seorang pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.
Kerusi Urut RM20K Jadi Hantaran Istimewa Datuk Jalaluddin Buat Isteri
Pelakon tersebut ingin membuat kelainan dalam majlisnya dengan memberikan sebuah kerusi urut sebagai barang hantaran buat bakal isterinya, Rapidah Abd Ghani.
Menurut pelakon berusia 63 tahun ini, tujuan pemberian tersebut adalah sebagai kegunaan harian buat isterinya untuk berehat serta melepaskan letih ketika berada di rumah.
“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran.
“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirahat,” katanya dipetik mStar Online.
RAPIDAH ABD GHANI
Memetik sumber, pihak kami difahamkan kerusi urut tersebut berharga sekitar RM20,000.
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata lagi, majlis istimewa kali ini akan diadakan secara sederhana sahaja memandangkan ia merupakan perkahwinan keduanya.
Tambahnya lagi, dia juga merancang untuk melawat pusara arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan terlebih dahulu pada pagi sebelum majlis akad nikah berlangsung.
“Kali ini saya tidak akan bersanding, buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah di masjid.
“Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup,” ujarnya.
KENANGAN JALALUDDIN HASSAN BERSAMA ARWAH ISTERI, HASHIMAH.
Ditanya mengenai proses persiapan majlis, pengacara Who Wants to Be a Millionaire? ini mengakui segalanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Jelasnya lagi, segala persiapan termasuk hantaran untuk majlis berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantunya sendiri.
“Sebab majlisnya ringkas sahaja, saya bagi anak dan menantu yang uruskan termasuklah membuat hantaran dan sebagainya,” ujar Jalaluddin.
Jalaluddin Hassan Pengsan Selepas Siaran Langsung
Jalaluddin bakal melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah iaitu seorang ibu tunggal berusia 44 tahun pada Ahad ini di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.
Sekalung tahniah kami ucapkan di atas perkahwinan pasangan ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Semoga pasangan ini diberikan kemudahan dalam segala urusan meniti hari bahagia itu nanti ya!