Kini lebih mudah dan berpatutan untuk saling berhubung bersama rakan-rakan serta keluarga sewaktu melancong ke luar negara. Pada hanya RM1, Xpax 1-Day Basic Internet Pass’ yang terkini membolehkan anda menikmati sepanjang hari internet asas di luar negara dan terus kekal dihubungkan secara digital melalui saluran sembang sosial!
Xpax memahami akan kepentingan untuk sentiasa berhubung secara digital khususnya melalui saluran sembang sosial. Para pengguna seharusnya terus menjadi diri mereka sendiri dan kekal berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang gangguan.
Melancong Ke Luar Negara Kini Lebih Menyeronokkan Bersama Pelan Perayauan XPAX RM1!
Oleh itu, sejajar dengan usaha berterusan Xpax dalam menambahbaik pengalaman pengguna, kini mereka boleh terus berbual ketika berada di sembilan negara Asia Tenggara termasuk Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia, Singapore, Brunei, Cambodia, Laos dan Filipina.
Xpax 1-Day Basic Internet Pass hanya pada RM1, menawarkan kelajuan internet asas (bagi mesej berasaskan teks sahaja) untuk WhatsApp, WeChat, Facebook Messenger dan aplikasi mesej sosial lain. Para pengguna Xpax akan dihubungkan kepada rakan pengendali rangkaian terpilih kami dan akan menikmati aplikasi sembang sosial secara mudah dan bebas – tanpa perlu bimbang dari sebarang kejutan bil yang tidak diketahui ketika melayari internet di luar negara. Para pengguna Xpax boleh melanggan ‘1-Day Basic Internet Pass’ terbaharu ini dengan hanya menghantar kepada 28882 atau menekan butang *118#, ataupun melalui aplikasi Xpax.
Bagi pengalaman perayauan hebat yang berterusan ketika berada di luar negara, para pengguna Xpax juga boleh memilih pas berikut dengan hanya menekan butang *118# untuk lebih data:
• 1-Day Social Roam Pass pada RM10 sehari – 1GB Akses Media Sosial (WhatsApp, Twitter & WeChat + 50MB kuota Internet berkelajuan tinggi) di 10 buah negara, seperti India, Japan, Taiwan dan banyak lagi.
• 1-Day Internet Pass hanya RM38 sehari – sehingga 500MB kuota data pada lebih dari 160 buah negara.
Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata, Xpax begitu berbesar hati menawarkan ‘all-new 1-Day Basic Internet Pass’ yang akan memberikan pengalaman yang hebat kepada pengguna untuk bebas dari kerisauan sewaktu melancong di luar negara.
“Para pengguna akan terus berasa hebat, kerana mereka akan sentiasa terhubung dengan Basic Internet setiap hari dan mampu berhubung dengan rakan dan keluarga melalui aplikasi mesej sembang sosial.
“Dalam usaha Celcom untuk terus memacu pengalaman pengguna yang hebat, para pengguna kami kini mampu untuk bebas dari sebarang kerisauan ketika berada di luar negara dengan adanya pas rangkaian yang sempurna dan bersesuaian dengan keinginan mereka untuk terus kekal berhubung!” kata beliau.
Untuk maklumat lanjut, layari www.xpax.com.my