Pada 26 Oktober lalu, Budiey dijemput untuk menghadiri acara Pembukaan GALAXY STUDIO dari Samsung yang diadakan berhadapan dengan Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Turut bersama adalah selebriti yang juga duta produk Samsung Galaxy Note8, Jinnyboy dan Jenn yang turut melakukan aktiviti bersama media.
Samsung Malaysia Electronics menawarkan peluang kepada pelanggannya di Malaysia untuk meneroka dan mengalami peranti terkininya melalui pembukaan Galaxy Studio. Untuk info, Samsung Galaxy Studio adalah kedai sementara Samsung yang dibuka di beberapa lokasi seluruh dunia – membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman awal mencuba sejumlah produk keluaran terkini daripada Samsung. Terkini, Galaxy Studio akhirnya turut diperkenalkan di Malaysia untuk tempoh selama tiga bulan dan dijadualkan akan berakhir pada 31 Januari 2018.
From left to right:
1. Hosea Heen, Sales Head of IT & Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics
2. Liew Kian Meng, Head of IT & Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics
3. Lee Sang Hoon, President, Samsung Malaysia Electronics
4. Elaine Soh, Chief Marketing Officer, Samsung Malaysia Electronics
5. Yoo Jin Hyun, Business Director, IT & Mobile Business, Samsung Malaysia Electronics
Samsung Buka Galaxy Studio Hanya 3 Bulan. Ini Cara Dapatkan GEAR VR PERCUMA
Ketua Teknologi Maklumat dan Perniagaan Mudah Alih, Liew Kian Meng berkata studio tersebut dibuka setiap hari kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10 malam hingga 31 Jan tahun depan.
Beliau berkata studio itu akan menampilkan peranti terkini Samsung, termasuk Galaxy Note 8 yang baru dilancarkan, Gear Virtual Reality (VR) dan Gear 360 yang baharu.
“Kami akan memberikan unit Gear VR secara percuma dengan setiap pembelian telefon pintar Galaxy Note 8 di Galaxy Studio dari 27-29 Okt,” katanya kepada pemberita selepas perasmian studio tersebut oleh Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Sang Hoon.
Liew berkata studio tersebut menyediakan peluang yang baik bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai produk Samsung untuk mengenalinya dan bagaimana ia dihasilkan untuk disesuaikan dengan kehidupan pengguna dengan sempurna, sama ada semasa bekerja atau pada masa lapang.
Selain itu, pengunjung boleh meneroka ciri-ciri utama Galaxy Note 8 dengan menempatkan peranti tersebut di meja pintar interaktif, yang dilengkapi dengan paparan yang secara automatik mengesan telefon pintar tersebut dan menunjukkan ciri-ciri utamanya.
Antara produk yang dipertontonkan adalah termasuk Galaxy Note 8, Gear VR, Gear 360, Gear Sport, Gear IconX dan beberapa produk baru yang lain. Beberapa aktiviti turut disediakan, termasuk berbasikal maya untuk menguji Gear Fit 2 Pro, selain mencuba Gear VR melalui kerusi khusus.
Bagi anda yang berminat, boleh ke Galaxy Studio berhadapan dengan Lot 10, Kuala Lumpur.