in

Seribu Tangan, Dihulur Bantuan. Atasi Segala Masalah Hanya di Hujung Jari!

Kita selalu beranggapan semua perkara akan berjalan lancar jika kita bijak dalam melaksanakan kutamaan dalam tugas seharian. Kita selalu percaya peranti yang kita gunakan bagi melaksanakan tugasan kerja akan terus beroperasi, mesin basuh akan dapat terus digunakan biar tanpa henti digunakan dan penghawa dingin akan terus berfungsi sehari lagi tanpa sebarang kerosakan.
Dan tanpa diduga, hal yang tidak diingini terjadi.

Kita menjadi kecewa, marah dan hilang arah. Siapa yang akan kita hubungi dan berapa pula kos yang diambil hanya untuk memperbaiki semua kerosakan akibat kecuaian tadi? Ia akan jadi hal yang paling sukar untuk kita tangani. Bagaikan mimpi ngeri yang tidak diingini berlaku dalam sistem kehidupan harian terutama sekali untuk warga kota yang sentiasa sibuk. Namun ini hal yang kadang tidak dapat kita elakkan. Jadi apa pilihan yang kita ada?

Thousand Hands Grand Launch - 01

Bagi usahawan teknologi terkemuka yang bertapak di Hong Kong, Encik Harry Cheung – ada satu aplikasi khusus yang akan menyelesaikan segala permasalahan tadi iaitu “Thousand Hands”.
“Saya masih ingat satu hari ketika penghawa dingin rosak dan saya tidak dapat mencari orang yang tepat untuk membaiki pada harga berpatutan. Saya kira ini masalah biasa yang kita semua hadapi apabila ada barang yang rosak dan keputusan harus diambil sama ada untuk memperbaiki, buang terus dan menggantikan dengan yang baru. Hal menjadi lebih sukar apabila anda sedar kos membaik pulih bukanlah semurah yang disangka,” Jelas Cheung.

Dan atas segala kesulitan yang dihadapi memberi ilham buat Encik Harry Cheung hadir dengan satu formula pasaran digital yang akan menghubungkan pembekal perkhidmatan dengan pelanggan secara mudah dan terus hanya dalam satu aplikasi yang dinamakan “Thousand Hands”. Menurut Pengarah Thousand Hands (Malaysia), Encik John Hwang, tujuan utamanya adalah untuk memberi lebih kuasa kepada pengguna dalam membuat keputusan bagi setiap servis yang disediakan.

5. Thousand Hands Launch 2

“Aplikasi ini dicipta untuk memberi kelebihan bagi pengguna dan pembekal perkhidmatan. Pada masa yang sama kami merasakan penting untuk mencipta satu sistem yang dapat memudahkan pengguna daripada menghadapi masalah yang akhirnya mengakibatkan mereka dicaj pada kadar yang terlalu tinggi.

Ini kerana setiap daripada kita sudah tahu berapa harga yang mahu dibayar pada setiap servis perkhidmatan yang mahu digunakan. Maka dengan itu “Thousand Hands” menyediakan landasan terbaik bagi pelanggan meletakkan harga yang mereka mahu bayar bagi setiap perkhidmatan yang diperlukan.”

Sebagai pelanggan dalam aplikasi, pengguna boleh menyenaraikan apa jua perkhidmatan yang ada (contoh; membaiki laptop, pembaikan paip, memotong rumput dll.) dan sertakan harga yang mereka mahu bayar bagi setiap perkhidmatan yang dipilih. Pilihan perkhidmatan tadi akan disenaraikan dan dilelong kepada pembida atau pembekal perkhidmatan yang akan meletakkan tawaran harga yang seiring dengan harga yang ditawarkan pelanggan.

Apabila pelanggan sudah mendapat senarai penuh tawaran, mereka boleh memilih pembekal perkhidmatan yang mana untuk digunakan servis mereka berdasarkan informasi harga, rating dan rebiu yang disediakan menerusi aplikasi ini. Apa yang pasti setiap servis akan memberi lebih nilai dan pilihan kepada pengguna. Kuasa kini di tangan anda sebagai pengguna dalam memilih apa yang terbaik bagi apa jua servis yang mahu dibayar dan digunakan. Bagi pembekal perkhidmatan pula mereka juga punya pilihan dalam mengambil tawaran servis yang ditawarkan pengguna mengikut kesesuaian harga dan perkhidmatan yang akan diberikan.

“Ini merupakan satu aplikasi terbaik bagi sistem semakan baki.” Menurut Cheung. “Thousand Hands tidak hanya menghubungkan pembekal perkhidmatan dan pelanggan tetapi juga membenarkan pengguna aplikasi ini membuat penilaian terhadap servis yang disediakan dengan perbandingan yang baik.”

Aplikasi yang sudah berada di pasaran digital melalui muat turun di iOS dan Android ini dilancarkan secara rasminya pada tarikh 8 September 2017 bersempena acara Malaysia IT Fair. Dibahagikan pada 9 kategori utama iaitu (i) Pembersihan; (ii) Landskap dan Kebun (iii) Servis Dobi; (iv) Servis Penghawa Dingin; (v) Pertukangan; (vi) Beli-Belah; (vii) Bantuan Menunggu & Beratur ; (viii) Servis Penghantaran; dan (ix) Sistem Sokongan Teknologi & IT.

Thousand Hands merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma dengan sistem pembayaran servis dua hala antara pelanggan dan penyedia perkhidmataan. Transaksi boleh dibuat terus tanpa tunai melalui aplikasi atau pelanggan boleh membayar secara terus kepada penyedia perkhidmatan setelah servis selesai dilakukan.

4. Press Conference

Ezy Planet, syarikat yang bertanggungjawab dalam mengemudi aplikasi Thousand Hands kini sedang bekerjasama dengan e-Wallet by Boost (Dimiliki syarikat Axiata) bagi memberi pengalaman baru dalam dunia digital kepada pengguna. Pada masa yang sama Ezy Planet juga mahu fokus terhadap konsep keseluruhan e-Perdagangan dengan memperkenalkan Application Programming Interface (APIs). Tujuan utamanya adalah untuk memberi lebih fleksibiliti dalam sistem penghantaran data secara terus antara peniaga dan pelanggan dengan harapan ia akan mengukuhkan lagi aplikasi ini dan lebih berkembang pada masa akan datang.

“Dengan teknologi sedia ada kami mampu menghubungkan sistem yang dicipta dengan lebih pantas pada masa akan datang dengan permintaan lebih tinggi terhadap Thousand Hands.” Tambah Hwang lagi. “Kami percaya produk ini memiliki potensi besar untuk berkembang dalam komuniti dalam talian di Malaysia dan kami teruja untuk melihat sejauh mana Thousand Hands dapat berkembang dan membantu komuniti secara keseluruhan.”

Untuk informasi lanjut tentang Thousand Hands Malaysia, sila layari laman web www.ThousandHands.com atau akaun Facebook www.facebook.com/ThousandHandsMY

3. Thousand Hands Booth

2.Thousand Hands Launch

1. Keynote Speech - Mr. Harry Cheung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 30 Buah Lagu Semi Final Muzik Muzik 32

Liam Payne, Travis Scott, French Montana & Clean Bandit Bakal Perform di MTV EMA 2017