in

Lupakan Kebosanan! Tonton Video Kegemaran Anda Sepuasnya Dengan SUPER VIDEOWALLA™!

Pelan pascabayar Celcom FIRST™ kini memperkenalkan satu lagi pengalaman penstriman video yang begitu luar biasa dengan perkhidmatan nilai tambahan terbaharunya – Super VideoWalla™, yang menawarkan PERCUMA sehingga 100GB VideoWalla™! Celcom terus memberikan keutamaan untuk menyediakan pengalaman terbaik kepada pengguna melalui pengalaman video yang lebih mewah.

Picture 1

Lupakan Kebosanan! Tonton Video Kegemaran Anda Sepuasnya Dengan SUPER VIDEOWALLA™!

Pelan ini begitu sempurna bagi para pengguna yang menggemari menyukai pengstriman video tanpa henti serta sesuai untuk peminat siri televisyen yang sanggup bersengkang mata untuk menonton sebanyak mana episod yang mereka suka. Pastinya ia lebih luarbiasa kerana mereka akan dapat menikmati penstriman video dengan tenang selama berjam-jam.

Ia hanya ditawarkan dalam tempoh yang terhad bagi pengguna yang mendaftar dengan pelan FIRST™ Gold pada harga RM80 (20GB) atau FIRST™ Gold Plus pada harga RM98 (40GB), di mana mereka masing-masing secara automatik akan dapat menikmati PERCUMA 30GB Video Walla™ dan PERCUMA 100GB Video Walla™ selama 12 bulan.

Bagi para pengguna FIRST™ Gold dan FIRST™ Gold Plus sedia ada, termasuk para pengguna FIRST™ Gold Supreme dan FIRST™ Platinum, mereka juga boleh menikmati pengalaman hebat ini dengan menggunakan Aplikasi MyCelcom Postpaid untuk melanggani Super VideoWalla™. Manakala, para pengguna sedia ada yang tidak melanggani mana-mana pelan tersebut boleh menaiktaraf pelan mereka dan memilih untuk menikmati sehingga 100GB Video Walla setiap bulan tanpa sebarang kos tambahan!

Super VideoWalla™ menawarkan kuota yang boleh digunakan di laman web dan aplikasi daripada penyedia perkhidmatan video seperti YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro GO, dimsum, HeroTalkies, MOX Digital, Metro TV dan DailyMotion. Super VideoWalla™ boleh dilanggani dengan harga RM50 dan menawarkan 100GB (dengan nilai RM600 untuk 12 bulan) atau harga RM30 yang menawarkan 30GB (dengan nilai RM 360 untuk 12 bulan) VideoWalla™.

Picture 2

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom berbesar hati untuk menawarkan perkhidmatan tambahan Super VideoWalla™ yang terbaru ini bagi memberikan pengalaman penstriman video yang terbaik.

“Tawaran perkhidmatan tambahan yang hebat ini pastinya tiada tandingan seumpamanya, kerana para pengguna kami akan memperolehi kuota hebat sehingga 100GB apabila mereka melanggani tambahan baharu Super VideoWalla™. Dengan begitu banyak kuota bagi penstriman video serta disokong oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, para pengguna tidak perlu tercari-cari lagi perkhidmatan lain untuk memenuhi keperluan penstriman video mereka,” katanya.

Pelan-pelan Celcom FIRST™ boleh dilanggani melalui mana-mana cawangan Blue Cube dan Celcom Certified Partners. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Voice Scores Top Ratings In Singapore & Malaysia!

Syamel Sertai ABU TV Song Festival di China