Tahniah buat Adi Putra dan semua selebriti yang telah dikurniakan gelaran Datuk dan Datuk Seri.
SERAMAI empat orang selebriti tempatan telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, pada Isnin, 23 Oktober.
Antara selebriti yang mendapat darjah kebesaran itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Jovian Mandagie dan Datuk Adi Putra.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, telah menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Namun, disebalik berita gembira tesebut, ada juga suara-suara sumbang yang mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima Adi itu.
Pada pendapat mereka, mereka tidak faham apakah jasa aktor tersebut kepada negara sehingga melayakkan dirinya untuk diberi darjah kebesaran.
Kritikan itu timbul oleh kerana netizen beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.
Mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.
Adi juga bukanlah satu-satunya pelakon lelaki yang menerima darjah kebesaran pada hari itu.
Anugerah Peringkat Pertama SSAP itu juga turut dikurniakan kepada Datuk Eizlan Yusof yang kini membawa gelaran Datuk Seri.
Di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 36 tahun itu telah berkongsi detik indah di dalam hidupnya dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis itu berlangsung pagi tadi.
Selain itu, beberapa orang netizen telah memuat naik tweet yang ‘nakal’ mengusik agar Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi tidak berasa tercabar dengan darjah kebesaran yang diterima oleh Adi.
Dalam masa yang sama, masih ada juga yang memberikan ucapan tahniah diatas anugerah yang diterima olehnya itu.
Keempat-empat selebriti itu merupakan antara 101 individu yang telah menerima darjah kebesaran Pahang yang didahului oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang turut menerima SSAP.
Istiadat pengurniaan itu telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar dekat Pekan, Pahang.
Mungkin anugerah yang diterima oleh Adi ni merupakan rezekinya sejak bergelar selebriti di sini. Takkan kita nak pertikaikan pula kan