in ,

Telemovie MENANTI PELANGI Lakonan Eyka Farhana & Syazwan Zulkefli

Tanggungjawab ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak begitu besar sekali peranannya. Jika betul acuannya maka baiklah akhlak anak tersebut. Begitu juga sebaliknya bila berlaku pengabaian atau bersikap sambil lewa dalam memastikan tumbesaran anak-anak, maka perilaku anak tersebut pastinya sukar dikawal dan tak mustahil mereka menjadi keras kepala.

Cabaran Mendidik Anak Dalam Telemovie MENANTI PELANGI di TV1

Kepincangan hubungan suami isteri tidak dinafikan menjadi pendorong atau punca utama anak-anak terjebak dengan gejala tidak sihat. Apatahlagi bila tenggungjawab sebagai ketua keluarga digalas oleh seorang ibu tanpa bantuan dan ketegasan si ayah.

Menyayangi keluarga adalah nilai murni yang perlu dipupuk sejak kecil. Tanpa kasih sayang, institusi kekeluargaan menjadi pincang. Itu antara mesej dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi telemovie bertajuk “Menanti Pelangi” mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada 30 September ini, pukul 10.00 malam.

Menampilkan pelakon Eyka Farhana, Shazwan Zulkefli, Nazeera Sardi, Sherry Merlis, dan Fauzi Nawawi, ia memaparkan seorang isteri bernama Maryam yang menghadapi cabaran mendidik tiga orang anaknya yang meningkat remaja selepas suaminya di hukum gantung.

Malu menghadapi cemuhan masyarakat Imran, anak sulong Maryam mengambil dadah. Maryam pula bersikap berat sebelah selalu membandingkan Imran dengan Hafiz anak keduanya yang bekerja sebagai mekanik sahaja. Maryam seringkali menyindir Hafiz yang dianggap kurang berjaya.

Sementara itu Intan anak perempuan bongsunya selalu diganggu oleh lelaki-lelaki jahat dan mempercayai seorang lelaki yang telah menyelamatkannya dari diganggu. Tetapi malangnya lelaki yang dipercayainya itu kemudian telah merogolnya.

Hafiz yang berkenalan dengan seorang pelajar wanita mula mendapat semangat untuk mengubah kehidupannya dengan berkelakuan baik dan menyambung pelajarannya. Dia mula memikirkan masa depan yang cerah bersama keluarganya.

Di akhir cerita Hafiz menjadi tempat ibunya bergantung harapan untuk membantu memulihkan abangnya Imran. Dia juga berusaha untuk memaksa lelaki yang merogol adiknya supaya bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Namun adakah usaha melakukan kebaikan yang cuba dilaksanakannya semudah yang disangka? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atasi Ketakutan Anda di Sunway Lagoon’s Nights of Fright 5

Mohd Rafiq Ismail Pemenang Utama Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2017