Bagi memberi lebih pilihan alternatif untuk merancakkan industri kandungan kreatif alaf baharu, portal hiburan ‘Gempak’ membawakan sebuah lagi drama mini bersiri eksklusif berjudul ‘Mata Cinta’ menerusi penerbitan ‘Gempak Original Series’ sebagai daya tarikan terbaharu di platform digital yang akan disiarkan sepenuhnya menerusi platform digital di www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 Oktober 2017.
Drama romantik komedi ringan 10 episod ini diarahkan oleh sutradara muda, Shazreen Fazlynda terbitan syarikat produksi Red Communications Sdn Bhd. Lebih mengujakan, drama mini ‘Mata Cinta’ ini juga buat pertama kalinya menggandingkan dua pelakon berdarah kacukan sebagai teraju utama iaitu pelakon popular, Che Puan Juliana Evans dan pelakon baharu, Julien Buteau.
Turut menjayakan drama mini ini termasuklah Dynas Mokhtar, Sasha Saidin, Che Puan Syamim Farid, Aush Abdul Wahid, Adery Chin, Peter Shahir dan Tati Ambia.
Satu sidang media bakal berlangsung untuk mewar-warkan drama ini. Nantikan kemaskini Budiey selepas ini.