in

Pesona Lima Deria Rasa Menikmati Teh 888

Baru-baru ini, Budiey telah menghadiri satu acara santai yang diadakan untuk memperkenalkan citarasa terbaru dari jenama teh 888 dengan rasa yang dipertingkatkan. Seronok juga minum-minum dan cuba teh dalam pelbagai rasa bersama dengan media dan blogger yang lain.

Acara dinamakan PESONA LIMA RASA/DERIA adalah tema untuk majlis yang dianjurkan untuk sambutan ulangtahun ke 75 jenama 888, sejurus bertujuan untuk syarikat yang terkenal jenama 888 ini menuju ke hadapan dalam industri makanan dan minuman yang serba pantas.

TEH WANGI ROS 888

Budiey berterima kasih kepada penganjur kerana telah menyediakan berbagai memori indah tentang kehebatan teh untuk semua masyarakat pada hari ini. Sememangnya menjadi pilihan Budiey dari zaman bangku persekolahan lagi. Rasa hebat datang dari ketulinan, keaslian, konsisten dan berkeyakinan namun secara semulajadi. Itulah dia teh 888 – sebuah jenama Malaysia yang masih hebat pada masa ini!

TEH WANGI ROS 888

Jenama 888 telah berkembang dari generasi ke generasi
Membawa Kualiti dan Kepercayaan.
Tradisi Didihan Terbaik Buat Anda.
Tetap Brew. Tetap Best.

TEH WANGI ROS 888

Untuk info, Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd (STGT) adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama “888’. Ianya adalah milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan Industries Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak 1997.

TEH WANGI ROS 888

Terletak di Sungai Petani, Kedah, kami menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijiran dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabil, kami membuat penyelidikan dan pembangunan yang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat para pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir.

TEH WANGI ROS 888

Makanan yang tidak selamat mengakibatkan kesan buruk yang serius dan ISO standard pengurusan keselamatan makanan membantu organisasi dalam mengenalpasti dan mengawal soal-soal keselamatan makanan. Syarikat kami memperolehi ISO 22000 dari Standard Antarabangsa mengenai pengurusan keselamatan makanan, GMP dan sijil HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia di samping Sijil Halal dari JAKIM, Malaysia. K

Syarikat ini cukup berbangga dengan kawalan kualiti yang ketat dalam setiap aspek pembuatan untuk jaminan penghasilan yang bermutu di dalam dan luar negara kerana berbagai produk ini sering kali dieksport ke luar negara.

TEH WANGI ROS 888

Turut hadir adalah penyanyi dan pelakon terkenal Arja Lee.

TEH WANGI ROS 888

Teh & Kopi 888 telah diedarkan secara meluas di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

TEH WANGI ROS 888

Produk 888 boleh di dapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur : Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TF Value, NSK, Hero, Pasaraya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS.

TEH WANGI ROS 888

Sejarah jenama 888
Untuk mengetahui visi sesebuah syarikat, kita haruslah menyelami pembangunannya dengan mendalam. Pada tahun 1942, ketika negara sedang berada di dalam kancah peperangan dunia ke 2, mendiang Encik Ang Thong Guan berbasikal selama dua hari untuk meminjam sejumlah RM50 dari bapa mertuanya dan memulakan perniagaan pengedaran teh 888 di pasar tempatan di Sg. Lalang, Kedah.

TEH WANGI ROS 888

Ianya bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga, pakar dalam pembuatan teh yang di bungkus dengan jenama 888 dan juga jenama yang lain. Setelah selesai perang dunia ke 2, beliau telah mempunyai deretan van yang mampu mengedarkan barangan jenama lain. Hasil dari pasaran pengedaran, jenama 888 semakin berkembang maju.

Hari ini jenama 888 telah menjadi suatu jenama yang di kaitkan dengan kualiti dan ketahanan serta menjadi jenama yang berada di tangga teratas di dalam pasaran.

Matlamat kami adalah untuk meneraju dan memberi inspirasi kepada setiap hirupan dalam secawan teh. Dengan pengalaman dan pengetahuan kami tentang berbagai jenis teh dari serata dunia, kami lebih tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan teh yang terbaik, bagaimana mencampurkan dan mendidihkannya ( mengikut cara dan rasa masyarakat Malaysia ), seperti yang mereka mahukan.

Teh berperisa kini menjadi penjenamaan tambahan di mana Teh Wangi Ros 888 telah menjadi teh yang paling banyak terjual di Kelantan dan antara 3 jenama paling popular bersama produk segera kami yang lain iaitu minuman 3 dalam 1 yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masakini.

Hari ini, jenama 888 dengan rasa yang hebat dan mempunyai manfaat kesihatan telah menjadi semakin terkenal bukan saja di luar bandar, bahkan semakin terkenal di kalangan komuniti masyarakat bandar.

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kami menaiktaraf fasiliti produksi kami secara berterusan untuk menambah kuantiti pengeluaran dan sering mengadakan berbagai latihan kemahiran untuk mengembangkan hasil produk kami di bawah jenama 888.

Jenama 888 telah berkembang dari generasi ke generasi…Membawa Kualiti dan Kepercayaan. Kami merupakan pencabar bagi pesaing kami.

Teh & Kopi 888
Tradisi Didihan Terbaik Buat Anda.
Tetap Brew. Tetap Best.
Ciptaan tempatan untuk MALAYSIA!

TEH WANGI ROS 888

TEH WANGI ROS 888

TEH WANGI ROS 888

TEH WANGI ROS 888

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Ora Jadi Hos Anugerah MTV EMA 2017

Duta Sacoor Brothers Joaquim De Almeida Lancarkan Koleksi Musim Luruh & Sejuk 2017