Khusus untuk pembaca Budiey.com, ini ada satu berita baik buat anda yang menjadi peminat setia ikon bola sepak terkenal, David Beckham di mana Budiey nak jemput 10 orang pembaca setia hadir di AIA Vitality Wellness Festival yang akan diadakan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 September ini. Haa… nak tak?
Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain Manchester United (MU), ya… pasti ramai yang sudah tahu David Beckham akan terbang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat pada 22 September ini, kan?
Untuk info anda semua, penganjur acara ini iaitu syarikat insurans, AIA Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bakal menerbangkan personaliti bola sepak berpengaruh dunia itu ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival. Pada bulan Mac lalu, suami kepada Victoria atau Posh Spice itu dilantik sebagai Duta Global AIA. Wow, hebat sungguh!
Budiey dengar, ramai peminat setia ikon bola sepak ini sangat teruja dan begitu ramai sekali mencari info bagaimana untuk menghadiri acara eksklusif ini. Penganjur juga turut mengadakan peraduan di Facebook rasmi AIA Malaysia di mana anda hanya perlu lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham.
Walaupun ini bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur, namun kemunculan kelibat Duta Global AIA pastinya ditunggu oleh semua peminat.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman sesawang AIA Vitality: https://www.aiavitality.com.my atau AIA Vitality Wellness Festival
Peraduan Menang Pass Ke AIA Vitality Wellness Festival Bersama David Beckham
Wah! Pasti ramai di kalangan anda semua yang ingin bertemu mata dengan bintang sukan terkenal ini kan? Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 10 keping pass untuk 5 orang pembaca yang boleh menghadirkan diri di acara yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
22 September 2017 (Hari Jumaat)
Masa & Tempat Pendaftaran:
Jam 5 petang hingga 9 malam
Tempat:
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Anda ingin hadir ke acara santai ini? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalah mudah dan kemudian hantarkan slogan dengan gaya yang paling kreatif ke emel Budiey. Haa, mudah tak? Hehe.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping pass untuk hadir di AIA Vitality Wellness Festival. Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF.
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Jawab soalan mudah: Namakan penganjur acara Wellness Festival yang akan dihadiri oleh David Beckham
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel.
Slogan: Saya mahu hadir ke AIA Vitality Wellness Festival kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Pass Ke AIA Vitality Wellness Festival Bersama David Beckham
Tarikh tutup peraduan:
21 September 2017 (Hari Khamis)
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada AIA Malaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.