Memperkenalkan 10 koleksi “Ready To Wear”, jenama ini mengetengahkan rekaan yang lebih santai dan bersahaja. Selain itu juga, dengan pemilihan warna yang lembut dan fabrik yang tidak panas dan selesa dipakai bila-bila masa dan dimana jua/sahaja.
Nafas baru diberi dalam koleksi kali ini dan berbeza dengan rekaan “Ready To Wear” yang sedia ada.
Dalam peragaan fesyen tersebut, WATIE Collections turut memperkenalkan 10 rekaan eksklusif yang terbaru dengan membawa konsep “Evening Dress”. Rekaan kali ini mengekalkan elemen Simple dan tidak sarat dengan aksesori lain. Penggunaan material kain yang tidak tebal dan panas, memberikan si pemakai lebih selesa dan memberi lebih keyakinan kepada si pemakai.
Untuk World Fashion Week Malaysia, buat julung kalinya juga WATIE Collections menampilkan koleksi rekaan bagi lelaki. Memperkenalkan suit dan kemeja, jenama ini mengorak langkah dalam rekaan eksklusif untuk lelaki. Dengan pemilihan warna dan material kain yang selesa dan tidak panas adalah diutamakan untuk rekaan lelaki.
Media Sosial:-
– FB: www.facebook.com/watieofficial
– IG: @watieofficial
– Website: www.watiecollections.com
– Youtube Channel: Watie Collections