Budiey rasa ramai di kalangan pembaca sudah sedia maklum tentang Raja K-Pop, tak lain tak bukan iaitu salah seorang penyanyi BigBang – G-Dragon akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk menghiburkan peminat di KONSERT G-DRAGON 2017 WORLD TOUR ACT III: MOTTE “MOMENT OF TRUTH THE END” IN KUALA LUMPUR atau konsert yang menerima jolokan sebagai KONSERT SOLD OUT IN MALAYSIA pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka jam 7.30 malam.
Untuk info korang, U Mobile adalah penaja utama untuk konsert ini. Perghhh! Gempak! Barulah havoc dengan adanya U Mobile! Budiey turut sama teruja dan kali ini, Budiey tak nak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat G-Dragon di pentas.
Korang pula macamana?
Yeszaaa! Seperti mana tajuk konsert ini, tak mustahil Budiey jangkakan, tiket konsert ini memang SOLD OUT. Habis dijual dalam sekelip mata je. Semua peminat rata-rata berebut-rebut untuk mendapatkan tiket.
Hebat betul kan penangan G-Dragon ni! Dengar cerita, konsert G-Dragon di Seoul juga menarik perhatian ramai peminat. Dalam masa kurang 10 minit tiket konsert solo ini hampir habis dijual.
Okaylah, Budiey tak nak membebel lebih panjang sebab Budiey nak hafal lagu-lagu G-Dragon ni… hehe. Tak sabar nak menonton konsert ini secara live!
Dan… Ini berita baik buat semua peminat-peminat setia G-Dragon! U Mobile telah memberi peluang untuk anda semua memenangi tiket VIP dan pas soundcheck. Terima kasih banyak-banyak U Mobile kerana memahami jiwa peminat K-pop yang sentiasa mengintai peluang untuk menang tiket VIP dan soundcheck. Bukan senang nak dapat kan? Segalanya bergantung kepada rezeki.
Haa, bolehlah tengok macamana belakang tabir G-Dragon test suara dan pastinya peminat menantikan sesuatu yang ajaib akan berlaku! Haa, Budiey berterima kasih kepada U Mobile sudi memberikan peluang untuk berseronok di konsert yang gempak ini. Nantikan ulasan dan juga kemas kini Budiey di platform sosial media ya!
Jadi, kepada pembaca yang inginkan tiket, Nah! Sekarang ini, peraduan yang menawarkan hadiah berupa pengalaman yang cukup berharga ini sedang dijalankan di akaun Instagram rasmi U Mobile (@myumobile) sehingga 8 September 2017. Jadi kenalah cepat! Follow Instagram U Mobile tu dulu ya. Jangan sampai terlambat! Nah! Untuk memudahkan korang!
Budiey terangkan tips dan cara satu persatu bagaimana untuk menang dan menambat hati juri! Ingat! Usaha tangga kejayaan. Manalah tahu kali ini rezeki korang! Perkara yang perlu diingat ketika membuat entri anda:
Tip # 1: Tetapkan profil Instagram anda ke PUBLIC supaya pihak U Mobile dapat melihat penyertaan anda tu. Dalam kata lain, korang tak boleh tetapkan profile anda tu PRIVATE.
Petua # 2: Ingatlah untuk nampak menarik dan ohsem, korang perlu menggunakan warna oren sebagai warna tema atau warna utama yang melatari video anda. Sebagai contoh, Budiey cadangkan korang rakam video korang tengah menyanyikan lagu G-Dragon yang terbaru sambil menari dengan tarikan sebijik sama dengan G-Dragon.
Dari segi pakaian, carilah pakaian yang pernah digunakan oleh G-Dragon dalam video klip. Gaya rambut juga perlulah sama dengan gaya rambut G-Dragon termasuklah gerakan tubuh badan tu. Tak lupa, jika korang pandai buat special effect atau CGI di video tu, haa, gunakanlah kepakaran anda tu. Barulah nampak gempak! Markah pastinya tinggi untuk usaha dan kerja keras korang tu.
Petua # 3: Rakam video paling kreatif! Lagi kreatif video anda tu, lagi banyaklah markah anda dapat dan lagi banyak peluang korang akan menang. Contohnya, korang boleh gunakan pelekat, emoji, aplikasi penyunting atau video editor dan apa sahaja yang mungkin dapat menarik perhatian.
Yang penting sekali, korang kenalah mention @myumobile dan sertakan sekali hashtag #UnlimitedPassion, #UnlimitedGrooves, #UMobileMY dan #UMobileXGDragon dalam caption korang tu.
Ini dia hadiah-hadiah utama untuk 5 pemenang
Setiap pemenang untuk hadiah utama akan memenangi 3 pasang tiket VIP, dan 1 pasang pass Soundcheck.
Sementara itu, untuk hadiah saguhati pula, seramai 20 orang pemenang akan menerima 1 pasang tiket U Mobile Zone seriap seorang.
Cepat hantar penyertaan korang sebab tarikh tutup dah nak dekat ni iaitu pada 8 September.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.instagram.com/myumobile
Selamat mencuba. Good luck!