Coretan ini sikit sebanyak dapat membuka mata orang luar yang memandang dunia seni lakonan sesuatu yang diidamkan oleh ramai orang. Populariti, kekayaaan dan keseronokan yang serba indah menjadikan ramai yang terarik untuk menceburkan diri. Namun sebenarnya, indah khabar dari rupa. Baca coretan ini dan mungkin telahan anda silap.
Karyawan dan Penggiat Seni – Realiti ataupun mimpi?
1. Mungkin ramai yang beranggapan bidang seni / lakonan secara khususnya merupakan satu bidang yang menjanjikan pulangan yang lumayan yang di impi-impikan oleh kebanyakan pihak .
2. Ramai juga yang tidak tahu hakikat sebenar golongan seni , baik pelakon , pekerja belakang tabir , pengarah mahupun producer di negara ini mengalami situasi yang amat sulit dan menyukarkan sejak dari dahulu lagi .
3. Pelakon : rata-rata pelakon di negara kita sekadar cukup makan , malahan ramai yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian .
4. Ditambah pula dengan cara pembayaran yang tidak sistematik oleh sesetengah produksi yang menyukarkan kehidupan mereka .
5. Masalah seperti lambat menerima bayaran dan sebagainya menjadi salah satu punca kepada masalah-masalah yang lain .
6. Terlalu sedikit pelakon yang mendapat pendapatan yang tinggi , dan kebanyakan mereka ini mengharapkan pada bayaran menjadi duta mana-mana produk yang terkenal , dan bukannya melalui pendapatan hasil shooting .
7. Penerbit : Pihak penerbit pula dikhabarkan menerima bayaran yang tidak setimpal malah bajet yang diberikan tidak memberikan keuntungan kepada mereka .
8. Jika pada satu ketika dahulu pernah stesyen tv mengeluarkan bayaran minimum kepada para penerbit drama . Kenapa tidak lagi kini ?
9. Ada juga yang mengatakan bahawa jumlah bayaran yang mereka terima kini pada tahun 2017 masih tidak berubah sejak 10 tahun yang lalu dan jumlah itu sangatlah tidak relevan dengan kos sara hidup semasa yang meningkat saban tahun disebabkan kadar inflasi yang amat menggerunkan.
10. Ini menyebabkan berlakunya kesusahan kepada para karyawan dan penggiat seni yang bergantung hidup dengan berkarya untuk tatapan penonton .
11. Ada kalanya mereka mampu membuat kita ketawa , sedih , marah dan gembira apabila kita menonton mereka di kaca tv . Namun hakikatnya kehidupan mereka tidak lah seperti apa yang disangkakan oleh kebanyakan pihak .
12. Pengarah : Rata-rata pengarah kini terpaksa berdepan dengan kebanjiran pelakon-pelakon baru yang tidak mampu berlakon dengan baik.
13. Kebanyakan pelakon baru kini dipilih melalui beberapa faktor iaitu antaranya Rupa yang segak dan cantik serta jumlah followers di sosial media mereka yang banyak.
14. Soal bakat pula ditolak ke belakang , kerana rata-rata penonton mahu menonton mereka yang sedap mata menandang dan bukannya kerana bakat . Walau seberapa “kayu” sekalipun pelakon itu . Ianya akan tetap diterima penonton hanya kerana raut wajah yang menawan .
15. Bukan kerja seorang pengarah untuk mengajar pelakon yang masuk ke set pengambaran , pelakon itu sendiri seharusnya bersedia sebelum masuk ke set
16. Kru : Pekerja belakang tabir yang paling kuat bekerja ialah kru. Tanpa kru sesebuah produksi akan lumpuh , mereka ini ibarat tulang belakang untuk menjayakan sesebuah drama .
17. Mereka akan masuk ke set dahulu sebelum pelakon dan pengarah tiba kerana mereka perlu menyiapkan set lokasi dan memunggahkan barang dan sebagainya .
18. Dan mereka ini jugalah yang akan pulang paling lewat selepas selesai penggambaran harian . Tiada istilah rehat yang cukup bagi mereka.
19. Keesokan harinya, mereka perlu melakukan rutin yang sama sehingga tamat penggambaran sesebuah drama .
20. Mungkin ramai yang tidak tahu , rata-rata penggiat seni di negara ini tidak mempunyai Perlindungan Insurans peribadi .
21. Mereka juga tidak punyai Epf , socso jauh sekali mahu melabur di dalam ASB untuk menjamin masa depan mereka .
22. Oleh kerana itu kita lihat ramai penggiat seni yang apabila meninggkat usia dan menghidap sesuatu penyakit terpaksa meminta bantuan dan derma bagi menampung kos perubatan mahupun pembedahan mereka .
23. Justeru, saya menggesa pihak yang berjawib bantu lah para penggiat seni . Sudah lama sangat mereka hidup dalam kesusahan .
24. Kerja sebagai penggiat seni juga pendapatan mereka tidak tetap . Ada kalanya mereka tidak punyai “job” untuk satu jangka masa yang panjang .
25. Saya menyeru agar Kementerian Kebudayaan dan Kebudayaan melakukan sesuatu untuk menaik taraf dalam semua aspek berkaitan penggiat seni ini .
26. Jangan sesekali mengabaikan mereka dan mengambil mudah para penggiat seni di Malaysia.
Berikut saya sertakan cadangan saya untuk mengatasi masalah ini .
1. Stesyen TV tolonglah naikkan bayaran untuk sesebuah drama mahupun teledrama . Kerana ianya bersangkut paut . Sekiranya bajet drama itu tinggi , maka ianya dapat mengubah landskep atau kualiti produk yang kita hasilkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup penggiat seni . Kita tidak boleh menidakkan bahawa industri hiburan kita jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia dan Thailand . Bagaimana kita hendak menghasilkan drama yang mencapai standard antarabangsa sekiranya bayaran yang diberi amatlah kecil ? Maka penonton di negara ini sudah tepu disajikan dengan kebanjiran kualiti drama yang sama dan juga jalan cerita yang hampir sama untuk kebanyakan cerita yang di hasilkan.
2. Perlu wujudkan badan yang khusus untuk menguruskan insuran , epf , socso para penggiat seni . Dengan mewujudkan badan ini , masa depan para penggiat seni lebih terjamin dan mereka akan sentiasa dilindungi oleh insuran sekiranya berlakunya sebarang kecelakaan mahupun mengidap sebarang penyakit yang tidak diingini . Perkara ini sebenarnya mampu dijayakan sekiranya ada pihak ataupun badan yang mengkaji tentang solusi kepada permasalahan ini dan mengaplikasikan dalam bentuk yang efektif .
3. Letakkan bayaran minimum untuk setiap skop kerja di dalam produksi , sedangkan had gaji minimum di Malaysia sendiri ialah RM900 .Tetapi di dalam produksi di negara ini , mereka dibayar sesuka hati . Malah gaji bangla di Malaysia lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan gaji mereka ini . Sebagai contoh kerja sebagai “Audio man ” minimum untuk satu episod haruslah dibayar sebanyak RM500 . Dan kerja sebagai “Prop Man” sebanyak RM700 . Contoh. Ini kerana apabila kita lemah dari segi pengagihan bayaran , wujudkan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut untung yang lebih tinggi .
4. Wujudkan sistem bayaran yang lebih mesra bank . Kerana sekarang semua bayaran yang diterima akan diberi payment voucher . Payment voucher ini dilihat tidak kukuh sekiranya penggiat seni mahu membeli rumah , kereta dan sebagainya . Sebaliknya wujudkan satu sistem bergaji yang memboleh kan mereka ini menerima “pay slip” setiap bulan bagi memudahkan proses perbankkan . Saya sudah cuba satu sistem yang saya cipta sendiri dan jelas ianya mesra bank . Mudah untuk urusan beli kereta dan rumah diluluskan .
5. Letakkan had kualifikasi untuk sesebuah skop kerja . Sebagai contoh , untuk seseorang itu hendak menjadi pelakon , beliau harus memiliki sijil lakonan yang diiktiraf oleh badan yang dilantik terlebih dahulu sebelum boleh diterima masuk ke industri . Begitu juga dengan bidang kerja yang lain , camera man , prop man dan sebagainya perlu mengambil “short course” untuk melayakkan mereka diterima bekerja di dalam industri . Ini amat penting dalam menbentuk suasana kerja yang lebih produktif dan efisyen serta secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti sesebuah drama yang dihasilkan kerana mereka telah dibekalkan dengan ilmu terlebih dahulu sebelum masuk ke industri . Ini juga dapat membendung daripada budaya yang tidak profesional dalam industri . Kerana pada ketika ini sesiapa sahaja boleh terjun ke bidang perfileman dan drama . Dan menjadi kerja yang dianggap “last resort” bagi sesetengah pihak selepas mereka tidak mampu melakukan kerja lain di negara ini .
6. Kembalikan Royalti kepada drama mahupun filem tanah air . Saya difahamkan suatu ketika dahulu sekitar penhujung tahun 70’an , pada saat itu drama yang diulangtayang di televisyen mampu membayar 3/4 daripada jumlah bayaran penuh yang diterima pelakon . Sebagai contoh sekiranya bayarannya berjumlah RM180 , mereka akan dapat 3/4 daripada RM180 apabila drama mereka di mainkan semula di kaca TV . Tetapi kini kita lihat drama yang sama berulang-ulang kali dimainkan oleh sesebuah stesyen TV , namun para pelakon dan pekerja yang menghasilkan drama itu tidak memperolehi apa-apa royalti hasil daripada ulang tayang drama tersebut.
Sekiranya anda mempunya apa-apa idea lain untuk menambah baik industri hiburan tanah air , cadangan dan idea anda amatlah dialu-alukan di ruangan comment .
Marilah sama-sama bantu diri kita sendiri dengan mengatasi masalah ini bersama .
Saya percaya dan yakin sekiranya pihak yang berwajib mampu melakukan sesuatu demi kebaikan penggiat seni .
Akhir sekali , apa yang saya tulis ini sekadar pendapat peribadi dan bukannya fakta atau bertujuan untuk menghentam mana-mana pihak .
Diharap Kementerian Kebudayaan dan Kesenian ataupun mana-mana badan seni atau persatuan boleh sama-sama menyelesaikan isu ini yang saya lihat sudah cukup lama menghantui para penggiat seni di negara ini .
Kalau ada pihak seniman mahupun kementerian baca dan nak jumpa saya , saya sudi berjumpa untuk membincangkan solusi dan jalan penyelesaian yang terbaik demi kepentingan bersama .
Terima Kasih kerana sudi membaca .
Sekadar menulis,
Ben Ali,
2 September 2017