Malam Ahad lalu telah berlangsungnya episod kelima Dai Pendakwah Nusantara Musim Kelima secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Setelah Da’i Izzuddin dan Da’i Humaira’ tersingkir minggu lalu, kumpulan persembahan Da’i dirombak semula.
Minggu ini adalah giliran Da’i Syafiqah, Da’i Hakim, Da’i Fahmi, Da’i Muhammad, dan Da’i Ilhami untuk membuat persembahan. Membawakan tema muzikal “Antara Lirik Dan Waqi’eyy”, para peserta diiringi oleh penyanyi Along, Fareez & Qody dari Mentor Milenia, Da’i Syed, dan Khareez Kasbulah.
Para penonton juga telah menyaksikan Da’i Muhammad dinobatkan sebagai Da’i pilihan penonton. Pada hujung minggu ini lima peserta yang lain pula akan mempersembahkan tema yang sama dengan penyanyi yang sama.
Selain itu, seperti yang disampaikan oleh pengacara utama Da’i Pendakwah Nusantara, Datuk Rosyam Nor, malam Ahad lalu merupakan malam tanpa penyingkiran kerana keputusan penyingkiran akan dibawa ke hujung minggu ini. Adakah satu atau dua orang peserta yang akan meninggalkan pentas Da’i?
Menurut Juri Tetap Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5, Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud “Ternyata sangkaan saya tentang program realiti Da’i musim ini telah menjadi kenyataan. Saya telah katakan pada awal musim ini bahawa kita bakal lihat persembahan-persembahan yang diluar kotak pemikiran kita daripada para peserta.
Malam ini, saya telah memberikan standing ovation untuk Dai Hakim kerana ideanya yang bernas dan kreatif. Jika musim lalu saya berdiri untuk Dai Saiful, malam ini idea Dai Hakim yang membuat pentas seakan set program Halaqah itu amat menakjubkan. Saya amat teruja dan berbangga dengan cara pemikirannya. Selain Hakim, graf persembahan Dai Syafiqah telah meningkat dengan mendadak sejak minggu pertama Syafiqah membuat persembahan.
Dan Da’i Muhammad, peserta yang telah mendapat perhatian saya semenjak awal lagi, bukan kerana dia yang paling muda, tetapi pemikirannya tidak seumur dengan tubuhnya. Muhammad sentiasa memberikan persaingan hebat kepada rakan-rakannya yang jauh lebih berumur darinya. Secara kesuluruhan, saya amat berpuas hati dengan persembahan mereka malam ini dan saya tidak sabar untuk mengaksikan 5 peserta lain di minggu depan. Saya ingin lihat bagaimana mereka menyulam kreativiti lirik lagu dalam tazkirah mereka.”
Persembahan para peserta telah dimulakan dengan persembahan Qasidah yang bertajuk Qasidah Khalidul Bil-Quran dan diikuti dengan persembahan para peserta mengikut urutan berikut:
Nama Peserta | Tajuk Persembahan | Sinopsis Topik | |
Da’i Syafiqah | SIAPA KITA TANPA DIA
Lagu: Tanpa – 6ixthsense Penyanyi Jemputan : Along Mentor Milenia |
“Jika kita tidak letak Allah SWT dahulu melebihi segalanya, kosonglah segala kehidupan. Hanya rasa sempit, lemas, tanpa sebab. Kerana apa? Kerana kita jauh daripadaNya. Sesungguhnya Allah berfirman “..dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” – Da’i Syafiqah | |
Da’i Hakim | ANDAIKU TAHU
Lagu: Bila Tiba – Ungu Penyanyi Jemputan : Fareez Mentor Milenia |
“Bersediakan manusia menghadapi sakaratul maut? Sempatkah kita bertaubat? Apa amalan yang dapat membantu kita bila dibangkitkan? Sesungguhnya mati itu benar! Tak semestinya yang tua pasti mati dahulu, yang muda mati kemudian. Usia muda juga boleh bertemu ajal.” – Da’i Hakim | |
Da’i Fahmi | BERSATU
Lagu: Kullul Hubbi – Faizal Tahir Penyanyi Jemputan : Khareez Kasbulah |
“Palestin, Syria, Rohingya. Berapa banyak lagi negara Islam yang ditindas? Berapa ramai lagi umat Islam yang masih bermandi darah? Hanya kerana mereka umat Muhammad. Apakah sumbangan kita untuk mereka? Kita juga umat Muhammad! Ayuh bersatu membanteras kezaliman!” – Da’i Fahmi | |
Da’i Muhammad | RINDU PADAMU
Lagu: Pemergianmu – Inteam Penyanyi Jemputan : Qody Mentor Milenia |
“Besarnya kasih sayang Nabi kepada kita. Tapi, adakah kita benar-benar sayang dan rindu pada Nabi? Ceritakan pengorbanan Nabi Muhammad SAW. demi Islam. Apa peninggalan Baginda kepada umatnya? Ceritakan juga saat-saat kewafatan Nabi Muhammad SAW.” – Da’i Muhammad | |
Da’i Ilhami | INILAH AKU
Lagu: Jadi Diri Sendiri – Humood Penyanyi Jemputan : Da’i Syed |
|
Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid. Di mana tugasnya adalah untuk menasihati para Da’i juga merangkap sebagai ketua tenaga pengajar. Murabbi yang terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah pula, merupakan tenaga pengajar utama peserta Da’i yang akan meluangkan masa bersama mereka sepanjang program ini berlangsung. Di samping itu, peserta Da’i juga akan turut menimba ilmu daripada juri-juri tetap pada setiap siaran langsung program ini. Juri-juri tetap yang akan bersama mereka adalah Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.
Sistem pemarkahan untuk musim ini adalah 70% dari juri tetap, iaitu daripada Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail masing-masing akan mengadili dari sudut isi dan hafazan sebanyak (35%), manakala (35%) lagi adalah melalui personaliti serta gaya persembahan. 20% akan diberikan oleh Murabbi iaitu Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Al-Hafizah. Akhir sekali, 10% dari juri awam yang diundang pada setiap episod.
Juara Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi Da’i Pendakwah Nusantara. Pemenang saguhati akan mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 serta trofi Da’i Pendakwah Nusantara. Manakala penyandang gelaran Da’i Pilihan Penonton akan diumumkan di Pentas Akhir Da’i Pendakwah Nusantara.
Pemenang Da’i Pilihan Penonton ini akan dipilih berdasarkan jumlah kemenangan sebagai Da’i Pilihan Penonton setiap minggu yang ditentukan melalui jumlah hashtag nama mereka pada setiap minggu. Contohnya, jumlah sebutan #daifahmi di laman sosial Twitter adalah yang terbanyak pada satu minggu itu, akan dipilih sebagai Da’i Pilihan Penonton minggu tersebut. Sekiranya, Da’i Fahmi telah dinobatkan sebagai Da’i Pilihan Penonton yang terbanyak sepanjang musim, secara automatik Da’i Fahmi akan memenangi gelaran Da’i Pilihan Penonton musim kelima.
Da’i Pendakwah Nusantara musim Ke-5 bertuah kerana sekali lagi mendapat sokongan dari penaja iaitu Almas Beauty & Health. Tambahan pula, penaja utama turut memberikan sumbangan kepada para pemenang untuk tahun ini. Juara Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 akan menerima sebuah pakej Umrah untuk 2 orang. Manakala pemenang saguhati dan Da’i Pilihan Almas masing-masing akan menerima sebuah pakej percutian kapal persiaran.
Penonton juga berpeluang untuk menyaksikan Jurnal Da’i yang bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang dan dihoskan oleh Da’i Syed (musim ke-4). Jurnal Da’i akan memaparkan perjalanan pembelajaran mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja.
Program Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5 ini diterbitkan oleh Primeworks Studio dan diterajui oleh saudara Shukri Ibrahim selaku penerbit. Program ini dihoskan oleh Datuk Rosyam Noor selaku pengacara utama dan Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku pengacara bersama Da’i Pendakwah Nusantara.
Siapakah Juara Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5? Ayuh sama-sama kita saksikan program realiti keagamaan nombor satu negara ini pada setiap hari Ahad, 9.00 malam bermula 16 Julai 2017 dan ikuti juga Jurnal Da’i pada pukul 6.00 petang di TV3. Selain itu, penonton juga boleh saksikan program ini melalui portal video nombor satu Malaysia, tonton di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial.