in

Ini Semua Produksi Punya Angkara – Afifah Nasir

Selepas dua minggu berlalunya episod duka dituduh mengganggu rumah tangga Aliff Aziz, pelakon Afifah Nasir pada Isnin tampil menjelaskan situasi itu menjejaskan dirinya dan keluarga.

Afifah atau nama sebenarnya, Nur Afifah Nasir, 24, berkata, dia menjadi mangsa pihak produksi iaitu Mahligai Serimas yang ingin Aliff hadir ke lokasi penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya menjaga hubungan dengan Aliff agar dia datang ke lokasi penggambaran.

“Mereka memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff,” ujarnya kepada mStar Online.

Afifah ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas di sini, pada Isnin.

Ia pertemuan pertama Afifah dengan wartawan selepas dilanda kontroversi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, 27 Julai lalu Bella, 23, bersama ibunya mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita bernama Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras.

Aliff ditahan polis pada 2.30 pagi Jumaat dan dibebaskan sehari kemudian.

Sementara itu, Afifah mengakui kesal kerana mengikut perancangan pihak produksi yang akhirnya memakan dirinya.

“Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (produksi) yang bercakap menyebelahi saya,” ujarnya.

Turut menemani Afifah ialah peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya Mia Nasir, kekasihnya Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Allana Amir.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aloft® Hotels & MTV Spotlight Top Regional Music Talent With The Fourth Annual Project Aloft Star

Insiden Aliff Aziz Kantoi: Produksi Drama Tertekan