in

Drama Unjul Nak Jadi Orang Lakonan Jue Aziz, Zul Huzaimy

SLOT SINEMA AHAD KHAS HARI GURU TEMUI PENONTON 16 MEI INI DI TV2

Kebiasaannya seseorang itu menjadikan tokoh yang berjaya sebagai idolanya dalam kehidupan. Kejayaan seseorang itu menjadi kayu ukur untuk dijadikan pegangan untuk berjaya seperti idola mereka.

Begitu pun menerusi Slot Sinema Ahad di TV2 yang mula diterima ramai kerana berkongsi drama-drama menarik yang dekat dengan kisah-kisah berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat kita, diketengahkan watak pemuda bernama Unjul yang menjadikan bapa angkatnya seorang pesara guru sebagai idola.

Ditayangkan sempena meraikan Hari Guru pada 16 Mei ini, drama Unjul Nak Jadi Orang menemui penonton pada 16 Mei 2010 (Ahad), jam 9.30 malam di TV2 yang dijayakan wataknya oleh pelakon Zulhuzaimy Marzuki bergandingan dengan pelakon hebat lain antaranya Wan Maimunah, Jue Aziz, Ridzuan Hashim, Zul Huzaimy, Bea Rameshan dan Nor Albaniah.

Sepanjang dua jam siarannya, telemovie ini memaparkan watak Unjul tinggal di sebuah rumah kampung biasa berdua dengan ibunya, Uteh. Segala yang dibuat semuanya tak kena. Sudahlah malas untuk belajar sehinggakan keputusan SPM nya gagal menyebabkan orang kampung menyindir termasuklah ibunya sendiri walaupun sudah lima tahun berlalu. Segala pakai dan minum ditanggung oleh ibunya dengan hanya mendapat hasil upah dengan menganyam tikar mengkuang.

Unjul dihalau dari rumah lalu pergi menumpang di rumah kawannya, pun dihalau oleh Ibu kawannya oleh kerana sikap malasnya. Hinggalah kemudiannya dia pergi menumpang di rumah Tauke Billy. Tauke Billy berasa kesian lalu membenarkan Unjul tinggal bersamanya walaupun dia tahu akan sikap Unjul yang pemalas.

Unjul walaupun begitu punya satu hasrat untuk mengahwini Ema seorang gadis kampung yang sangat cantik. ‘jauh panggang dari api’ beza antara Unjul dengan Ema tapi ditentang keras hubungan suci mereka oleh ibu Ema, Supek. Apatahlagi Ema, gadis kampung yang menjadi kegilaan pemuda-pemuda. Ramai yang sudah masuk meminang tapi ditolak oleh Ema oleh kerana ingin mengejar cita-citanya untuk masuk ke Universiti disamping sudah berjanji untuk menunggu pinangan dari Unjul.

Ema sering bertengkar pendapat dengan ibunya kerana ibunya menginginkan Ema supaya lekas kahwin dengan Jobot, anak teruna ketua kampung yang berharta di kampung itu. Namun cintanya tetap untuk Unjul.

Ema meminta Unjul berjanji untuk tidak malas berkeja dan melamar dirinya, jika tidak Ema akan terjun bunuh diri di jambatan gantung. Di situlah satu perjanjian termeterai antara Unjul dan Ema. Bermula dari saat itu, bermulalah kehidupan baru bagi diri Unjul. Namun begitu Supek, janda berhias (ibu Ema) melarang keras Unjul berjumpa dengan anaknya. Buntu akal Unjul memikirkan jalan melepaskan kerinduan untuk berjumpa dengan Ema.

Tauke Billy sering menasihati Unjul agar mengambil semula peperiksaan SPM. Tauke Billy mengatakan yang ilmu pelajaranlah aset paling penting pada diri seseorang jika ingin berjaya dalam hidup. Dia mengatakan yang dia sudah menyayangi Billy seperti anaknya sendiri dan dia sanggup untuk mengajar Unjul kiranya Unjul sedia untuk belajar.

Akhirnya Unjul menerima nasihat Tauke Billy belajar sebelah malam di rumah tauke Billy. Dari hari ke hari, masa ke masa, Unjul bertambah gigih setelah mendengar nasihat Tauke Billy. Dalam kegigihannya mencari wang, Unjul dikejutkan berita dengan ibunya meninggal dunia.

Unjul kembali semula berkerja dan belajar. Di rumah Tauke Billy, Unjul juga dibantu oleh Memei yang kebetulan ketika itu sudah habis belajar di salah satu universiti tempatan. Dalam diam, Memei sudah lama menyimpan rasa cinta pada Unjul, tapi tidak diluahkannya.

Adakah kisah perjalanan hidup Unjul berdepan dengan dugaan hidup termasuk percintaan yang menyulitkan berjaya diatasi? Berjayakah dia mencapai cita-citanya lalu menikahi Ema atau dia memilih Memey yang menyintainya dalam diam itu? Saksikan drama khas ini pada 16 Mei 2010 (Ahad), jam 9.30 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sempena Hari Guru Lakonan Faizal Yusup, Fazurina

RM100 Ribu Jadi Rebutan Pemenang Finalis Gah 1