in

Siaran Langsung Kejohanan Piala Thomas Uber 2010

SUKAN TERBAIK HANYA DI RTM SIAR SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN PIALA THOMAS / UBER 2010

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pastinya menjadi kelebihan buat pasukan negara menjanjikan yang terbaik menerusi Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2010 kali ini.

Meskipun berdepan situasi kurang menyenangkan apabila Ketua Jurulatih skuad perseorangan negara, Rashid Sidek kini masih dirawat selepas dijangkiti H1N1, Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2010 yang dijadulkan bakal berlangsung mulai Ahad ini pada 9 hingga 16 Mei 2010 tetap diteruskan seperti dirancang hingga ke penamat.

Namun ia perlu disusuli dengan aspek pemantauan dan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit berkenaan tidak menjangkiti pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekilas mengenai Piala Thomas pada tahun 1992 dimana Malaysia menjadi juara. Rashid Sidek adalah penentu di ketika itu. Namun dapatkah Malaysia menggalas gelaran juara atau bagaimana? Apa pendapat anda? Rasa-rasanya dapatkah kejayaan tahun 1992 diulang pada tahun ini?

RTM menerusi saluran TV1 berkongsi detik-detik mendebarkan siaran langsung dua perlawanan besar ini menyiarkan sorotan harian sepanjang 30 minit mulai 9 hingga 12 Mei 2010, jam 11.30 malam.

Pertandingan Siaran Langsung Separuh Akhir dibahagikan kepada dua iaitu Separuh Akhir Piala Uber pada 13 Mei 2010, jam 12.00 tengah hari dan 6.00 petang. Manakala Siaran Langung Separuh Akhir Piala Thomas pada 14 Mei 2010, jam 2.30 petang dan 7.00 malam.

Paling dinantikan peminat setia Badminton negara acara kemucak akhir pertandingan menentukan pemenang Piala Uber diadakan pada 15 Mei 2010, jam 1.45 petang sementara juara Piala Thomas diumumkan setelah selesai petandingan akhir yang disiarkan bermula jam 1.45 petang pada 16 Mei 2010.

Pertandingan Piala Thomas diwakili Datuk Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang (Perseorangan). Manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, Ong SoonHock-Hoon Thien How mewakili (Bergu).

Sementara itu Pertandingan Piala Uber kategori perseorangan menyaksikan barisan pemain hebat Wong Mew Choo, Lydia Cheah, Julia Wong dan Tee Jing Yi. Manakala bergu pula diwakili Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Ng Hui Ling dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Begitu pun peluang Malaysia memenangi Piala Thomas pada kali ini menyaksikan saingan hebat dan kuat yang lazimnya datang daripada pasukan Korea Selatan, China, Indonesia dan Denmark. Apatahlagi kebanyakan pemain pasukan tersebut pernah bertemu Malaysia dan masing-masing memiliki peluang 50-50. Namun kelebihan masih berpihak pasukan Malaysia kerana status tuan rumah dan kebanyakan pemain kita yang tersenarai mempunyai pengalaman.

Pastinya seluruh rakyat Malaysia berharap kemenangan berpihak pada pasukan negara dan jangan lupa janji temu menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat ini hanya menerusi TV1, Sukan Terbaik Hanya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Zamanhuri Menang di The 11th Pan Asia Music Festival 2010

Drama Nasi Kerabu Mek Bunga di TV2