Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil yang telah berjaya merangkul anugerah kemenangan di an Asia Music Festival 2010. Tahniah! Tak sia Nabil berlatih bersungguh-sungguh.
Ditulis oleh: KC Ismail (Yang mengikuti rombongan ke Beijing, China sempena Pan Asia Music Festival 2010 pada 28 April – 3 May 2010)
Nabil Zamanhuri telah berjaya mengharumkan nama Negara dalam pertandingan The 11th Pan Asia Music Festival apabila memenangi 2 anugerah iaitu kategori Lagu ; Naib Juara Lagu Terbaik – Dari Jauh hasil ciptaan Lah Ahmad dan Nabil Zamanhuri dan anugerah “Asia Most Potential/Promising Singer/Artist 2010″.
Acara ini telah berlangsung di Beijing, China pada 28 April hingga 7 Mei 2010 ini, Nabil bersaing bersama 30 peserta daripada negara dari Sri Langka, Romania, Thailand, Finland, Malta, Khazaktan, Bulgaria, China, Canada, Autralia dan lain-lain.
Tempat pertama bagi lagu terbaik telah dimenangi penyanyi dari Filipina yang menyanyikan lagu ciptaan Vehlee A Satuno. Filipina juga mendominasi anugerah bagi kategori Vokal apabila memenangi tempat pertama bagi kategori itu, manakala Sri Lanka & Bulgaria ditempat ke-2 dan Romania di tempat ke-3.
Walaupun gagal memenangi apa-apa tempat bagi kategori vokal, namun kejayaan Nabil Zamanhuri benar-benar memberi semangat buat anak muda ini. Bagi Nabil sendiri beliau amat bersyukur walaupun tidak menjadi juara, namun terpilih ke peringkat akhir Top 10 amat membanggakan.“Saya berasa terharu apabila turut mendapat anugerah Asia Most Promising and Potential Singer dan paling saya bangga sekali ialah lagu ciptaan saya dan Lah Ahmad mendapat tempat ke-2 dalam Best Original Song Category”.
Menurutnya lagi, Ini cukup membuktikan bahawa muzik Malaysia mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Nabil telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke “The 11th Pan Asia Music Festival 2010” yang dulu dikenali sebagai “Asia New Singer Competition of Shanghai Asia Music Festival”. Malaysia telah banyak membawa kejayaan pada pertandingan ini, Dato’ Siti Nurhaliza, Deja Moss, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ezlynn dan Shila OIAM antara nama yang telah mengukir kemenangan.
Pemilihan Nabil dibuat oleh Kementerian yang telah dilantik oleh Shanghai Asia Music Festival Committee untuk memilih bakat baru bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan ini yang mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan disokong Majlis Muzik Malaysia.