in

AirAsia Penaja Utama Bagi Liga Badminton Remaja Baharu

AirAsia berbangga menjadi penaja utama bagi liga remaja terbaru Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Liga Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM tersebut telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia dan penaung BAM, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di majlis rumah terbuka Hari Raya persatuan tersebut di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.

Di majlis tersebut, Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun telah menyampaikan cek berjumlah RM1 juta untuk tajaan selama setahun kepada presiden BAM, Dato’ Sri Norza Zakaria, disaksikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah.

AirAsia

Liga Badminton Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat baharu dikalangan beribu pemain badminton di bawah 18 tahun dari seluruh negara yang bakal berentap dalam liga ini untuk meraih gelaran juara terbaik dalam negara.

Liga ini akan bermula pada peringkat negeri, di mana beberapa buah sekolah dalam setiap negeri akan bertanding dalam pertandingan yang menggabungkan sistem berkumpulan dan sistem kalah mati, anjuran bersama persatuan badminton negeri dan jabatan pendidikan negeri.

Sekolah terbaik dari setiap negeri akan bersaing di peringkat kebangsaan, dengan pasukan-pasukan terbaik selepas dua pusingan awal akan mara ke pusingan akhir.

Pemain yang mempamerkan aksi cemerlang semasa liga tersebut berpeluang untuk dipilih memasuki Akademi Badminton Malaysia BAM atau mewakili negara di pertandingan peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Kami amat teruja dapat meletakkan nama kami dalam Liga Remaja Kebangsaan AirAsia BAM. AirAsia sentiasa percaya untuk memberikan peluang kepada para remaja terutama dalam bidang sukan, dah kami berharap liga ini akan membolehkan para remaja di Malaysia menimba pendedahan dan pengalaman berharga, seterusnya melahirkan juara badminton bertaraf dunia bagi generasi akan datang.”

“Akademi Badminton AirAsia sendiri telah melatih lebih dari 300 pemain muda, termasuk pemain kebangsaan dan juga pemenang pingat Sukan SEA sejak penubuhannya pada tahun 2012. Kini kami mempunyai 3 pusat latihan di Kuala Lumpur, Johor dan Perlis, serta dua buah pusat latihan yang bakal dibuka pada tahun hadapan. Kami berharap agar dapat membuka satu pusat latihan di setiap negeri untuk memberi peluang kepada para remaja di Malaysia yang ingin mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.”

Presiden BAM Datuk Seri Norza Zakaria berkata, “Pelancaran Liga Badminton Remaja Kebangsaan AirAsia-BAM akan membuka satu lembaran baharu dalam usaha BAM untuk meningkatkan jumlah penglibatan pelajar sekolah dan juga permulaan bagi perubahan dalam persatuan ini.”

“Liga Remaja Kebangssan ini akan bermula dalam masa tiga bulan dan akan mengikuti format pertandingan Thomas Cup-Uber Cup. Format Liga Badminton Remaja Kebangsaan AirAsia ini pasti dapat menarik minat dan penglibatan lebih ramai pemain di kalangan 5,000 pelajar sekolah dari 1000 buah sekolah di seluruh Malaysia. Sesungguhnya, ini merupakan satu detik yang amat membanggakan.”

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Strengthens Davao As A Gateway City With Direct Flights From Kuala Lumpur

AirAsia X Kongsi Kegembiraan Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak Rohingya