Terletak betul-betul di kawasan tengah pusat kota Cardiff, salah sebuah bandar yang tidak kurang popular di United Kingdom, Hotel Jurys Inn Cardiff merupakan sebuah pusat penginapan praktikal yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.
Sebagai salah satu penginapan terbaik di situ, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga. Lagipun, jenama Jurys Inn merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di sana. Ia terkenal kerana harganya yang murah dan sangat berpatutan.
Mempunyai lokasi yang strategik di Cardiff, ia mudah ditujui kerana berada di tengah kota dan terletak betul-betul berdekatan stesen keretapi utama Cardiff. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunannya yang besar dan klasik, pasti ramai yang sukakan lokasi penginapan berprestij ini.
Mempertaruhkan bilik-bilik hotel berkonsep kontemporari seiring masa kini, ia turut menawarkan pemandangan kota Cardiff yang tidak kurang hebatnya. Kesemua bilik direka atur dengan kemas dan lengkap dengan kemudahan asas lain seperti televisyen dan sebagainya.
Ia juga mempunyai sebuah restoran yang mudah dan praktikal untuk memenuhi keperluan sarapan dan waktu makan lain.
Oleh kerana ia di pusat kota, ia juga tidak jauh dari restoran Halal bagi tamu beragama Islam yang ingin mencari tempat makan.
Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan.
Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Jurys Inn Cardiff sekiranya berkunjung ke bandar Cardiff di UK, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!
Penginapan yang menyenangkan di Jurys Inn Cardiff di UK
oleh Shah Shamshiri