in ,

Majlis Berbuka Puasa Anjuran The Straits Hotel & Suites Melaka Yang Meriah

Pada hari Rabu, tanggal 14 Jun lalu, kebetulan saya menginap liburan 3 hari 2 malam di Melaka, Budiey berkesempatan untuk menyaksikan satu event yang dianjurkan oleh warga kerja The Straits Hotel and Suites di mana mereka meraikan 38 anak-anak yatim dan warga emas di satu acara Iftar bersama-sama dengan kakitangan.

Walaupun acara berlangsung ringkas, santai dan penuh dengan kesederhanaan, namun Budiey dapat melihat keriangan dan keceriaan terpancar jelas dari raut wajah semua yang hadir.

Apa tidaknya, selain dapat mengeratkan silaturrahim, semua yang hadir dapat menikmati lauk pauk yang sedap lagi lazat sajian ala kampung yang disediakan di Amalaka Restaurant.

Untitled

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, The Straits Hotel and Suites begitu berbesar hati menganjurkan Majlis Iftar untuk menghargai kakitangan meraikan kemesraan bersama 40 anak-anak yatim serta warga emas di Amalaka Restaurant yang terletak di tingkat 3.

Suasana cukup indah dengan kehadiran mereka yang tidak berkemampuan dan inilah masa yang sesuai untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada yang tidak bernasib baik.

Untitled

Ya, memang betul, usaha murni yang dibuat oleh hotel ini seharusnya dipuji. Bukan semua hotel dapat buat event Hotel ini dengan menjemput 20 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ) dan 20 warga emas dari Rumah Seri Kenangan Cheng. Cukup bertuah mereka ini kerana terpilih.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada Datuk Bandar Melaka Bandar majlis (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) YBhg. Datuk Zainal Bin Hussin dan ahli jawatankuasa Bandar Melaka majlis.

Untitled

“Perhimpunan Iftar dibawa bersama-sama pengurusan, 43 anak-anak yatim dan orang-orang tua, yang menikmati upacara berbuka puasa bersama-sama, menyuburkan badan dan jiwa dengan makanan lazat yang disediakan oleh hotel.” Kata Encik Rudi Putra, Pengurus Besar The Straits Hotel dan Suites pada majlis itu.

Pada majlis itu, sebanyak 23 orang anak yatim dari PKAYIDJ telah mempersembahkan lagu-lagu Nasyid dan Qasidah sebagai hiburan di atas pentas. Para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan Ghazal sepanjang malam itu.

The Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Pihak hotel juga telah menjemput Datuk Bandar di atas pentas untuk memberikan barang-barang keperluan seperti barangan runcit, beg sekolah dan yang penting sekali tidak dilupakan Duit Raya kepada anak-anak yatim. Itu yang cukup membuatkan mereka gembira dan pulang dengan senyuman meleret sampai ke telinga. Di samping itu, warga emas juga diberikan barangan runcit, kain pelikat, telekung dan Duit Raya. Rezeki buat mereka berkat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadan penuh barakah ini.

Selain daripada menerima barangan keperluan, mereka juga berpuas hati dengan layanan dan makanan juadah berbuka yang sangat lazat dihidangkan secara istimewa kepada kakitangan, anak-anak yatim, warga emas dan tetamu VIP.

Majlis makan malam berbuka puasa itu disediakan istimewa oleh hotel Sous Chef – Al-Araj Bin Abas. Memang cukup sedap lagi menyelerakan.

Akhir kata, Budiey ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hotel kerana menjemput Budiey.com untuk menjamu selera bersama-sama di acara yang cukup meriah ini.

The Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

The Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

The Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

The Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Straits Hotel and Suites Treats Orphans & Old Folks to Unforgettable Iftar Event

Pengalaman Berbuka Puasa di Amalaka Restoran, The Straits Hotel & Suites