in

Koleksi Ameera Zaini Lebaran 2017

“Segalanya ringkas dengan selitan faktor ‘wow’ lebaran ini. Potongan rekaan kemas agar terletak anggun di tubuh, setiap padanan fabrik diolah dengan prinsip sleek, chic dan simplicity. Buat keperibadian wanita sopan sofistikated bergaya timeless sepanjang Syawal.” – Ameera Zaini

Sopan si ayu pesona ayahanda bonda, cuit renungan saudara mara, mencuri jiwa si dia di Hari Raya. Manis minimalis, redup menggoda personalitimu tatkala menyarung busana selesa Ameera Zaini Lebaran 2017. Mana satu pilihan kalbu? #AZLEBARAN2017

AMEERA ZAINI Camila, RM299

LILY (KURUNG), Saiz XS – XL, RM219
Tampak ayu bersiluet langsing dengan kurung berpotongan fishtail berperincian ropol halus di bahagian bawah baju. Fabrik dari material heavy satin. Mesra wudhuk dan mesra menyusu.
Terdapat dalam pilihan warnaPlum, Orchid, Light Peach, Tangerine

CHLOE (KURUNG), Saiz XS – XL, RM279
Bergaya dengan kelainan menawan pada karya rekaan paduan potongan cropped top dan peplum. Fabrik dari material satin dan chiffon.
Terdapat dalam pilihan warna Pink, Peach

MADISON (KURUNG), Saiz XS – XL, RM219
Potongan kurung berfabrik como crepe buat si ayu ringkas, namun pandai mencuri tumpuan mata pada perincian ropol di pergelangan dan bawah baju. Mesra wudhuk.
Terdapat dalam pilihan warna Maroon, Rosy Plum, Navy Blue, Dusty Pink

GRACE (KEBAYA), Saiz XS – XL, RM219
Tampil klasik berkebaya pendek namun kekal sopan dengan potongan longgar. Ilham istimewa inovasi rekaan mesra wudhuk dan mesra menyusu.
Terdapat dalam pilihan warna Dusty Blue, Baby Blue, Dusty Pink, Rosy Brown

ROSALINDA (KURUNG), Saiz XS – XL, RM219
Dedikasi buat fesyenista yang sukakan inspirasi gaya cape untuk musim perayaan ini. Berfabrik heavy satin, sesuai digayakan ketika ke majlis rumah terbuka dinihari. Mesra wudhuk dan mesra menyusu. Terdapat dalam pilihan warna Coral Pink, Nude, Light Teal, Baby Pink

SELENA (KURUNG), Saiz XS – XL, RM279
Direka untuk si pemakai yang mendambakan keselesaan maksimum menggunakan fabrik bermaterial lembut satin dan chiffon. Ropol ringkas pada bawah baju menyuntik gaya minimalis.
Terdapat dalam pilihan warna Light Yellow, Brown, Seagreen

SURAYA (KURUNG), Saiz XS – XL, RM219
Ringkas dan mewah. Rekaan baju kurung berpotongan moden mewah dengan fabrik heavy satin. Mesra wudhuk dan mesra menyusu.
Terdapat dalam pilihan warna Light Grey, Dark Plum

ISABELLE (KURUNG), Saiz XS – XL, RM279
Manis menawan persis boneka dengan kurung berperincian organza di pergelangan dan baju. Pilihan fa brik heavy satin polos atau bercorak.
Terdapat dalam pilihan warna Baby Pink, Nude

ZARRA (KURUNG), Saiz XS – XL, RM279
Untuk gaya glamor, baju kurung ini diberi sentuhan perincian di bahagian dada dimeriahkan bersama ropol asymmetrical. Fabrik premium cotton dipilih untuk rekaan anggun ini.
Terdapat dalam pilihan warna Brown, Pale Violet Red, Magenta, Navy Blue

CAMILA (KURUNG), Saiz XS – XL, RM299
Mahu tampil lebih feminin? Helaian peplum berperincian di bahagian pinggang menyeimbang kemasan rekaan structured pada fabrik como crepe.
Terdapat dalam pilihan warna Powder Blue, Maroon, Pale Violet Red, Navy Blue

ALEXA (TOP), Saiz XS – L, RM189
Potongan structured mewah dengan kelopak lengan kembang berperincian. Dari fabrik duchess satin, sesuai disuai padan bersama skirt pensel mahupun celana.
Terdapat dalam pilihan warna Slay Blue, Mint Green, Dark Brown

Koleksi Ameera Zaini Lebaran 2017 Boleh Didapati Di:

No. 25, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Tel: +6018 205 7663
Atau beli secara online di www.ameerazaini.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Linkin Park Lancar Album Terbaru ONE MORE LIGHT

Magic & Adventure Await Kids in New Animated Series on dimsum