in

David Teo Ditumbuk Semasa Dialog Transformasi Nasional 2050

Pada malam ini telah berlangsung Dialog Transformasi Nasional 2050 segmen penggiat seni di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya.

Dialog yang dikendalikan Datuk Rosyam Nor sebagai moderator, memberi peluang kepada penggiat seni untuk meluahkan masalah dalam industri seni. Antaranya Datuk Norman Abdul Halim, Nora Danish, Datuk Rahim Jailani, Datuk Aziz Bakar, Fizo Omar dan Zizan Razak.

Namun, acara yang mulanya meriah dan ceria itu dikecohkan apabila Mejar David Teo yang meluahkan perasaannya dikhabarkan telah ditumbuk semasa sesi dialog penggiat seni TN50 di hadapan PM? Fuhh drama betul.. Siapa yg tumbuk? Ada netizen mengatakan Mat Over, pelakon sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Alahai, kenapa jadi macam tu sekali? 

Sementara itu di sosial media pula ramai yang telah maki hamun tindakan yang dibuat oleh David Teo sehingggalah siaran FB LIVE yang disiarkan terpaksa dihentikan seketika. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Jam Aju Tanpa Jarum Lakonan Uqasha Senrose & Beto Kusyairi

Tragedi Kecoh di TN50: Mat Over & David Teo Berdamai di Hadapan PM