Antara agenda yang paling penting pada hari ini ialah sidang media bersama pelakon filem terkenal dari Hong Kong iaitu Donnie Yen yang femes dengan filem IP MAN.
Jika sebelam ini, AIFFA dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Jackie Chan dan Michelle Yeoh, pada penganjuran kali ke-3 ini, AIFFA menerima kunjungan pelakon yang tidak asing dengan aksi seni mempertahankan diri.
Dengar ceritanya, Donnie Yen begitu teruja apabila dijemput ke AIFFA di Kuching kerana ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di bumi Kuching.
Ternyata beliau suka dengan keadaan cuaca panas di sini dan dengar cerita beliau juga suka buah durian.
Budiey perhatikan di kamar sidang media sekarang ini, para media bersedia seawal jam 12 tengahari di mana sejam lebih awal dari apa yang dijadualkan. Semuanya teruja dengan soalan yang ingin ditanyakan kepada Donnie Yen.