AirAsia cipta sejarah sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama mendarat di Bhubaneswar, India.
Kekerapan penerbangan 4 kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Bhubaneswar, India
AirAsia mencatat sejarah sekali lagi sebagai syarikat penerbangan pertama di dunia beroperasi terus dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, India.
Laluan baharu syarikat penerbangan ini menawarkan kekerapan empat kali seminggu penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke ibu kota negeri Odisha, India.
Majlis sambutan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Biju Patnaik bagi meraikan ketibaan penerbangan AK31 dengan pesawat Airbus A320 ke Bhubaneswar, India.
Penerbangan itu tiba pada pukul 11.35PM semalam dan disambut dengan water cannon salute. Sebahagian daripada para tetamu dalam penerbangan sulung itu adalah Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia; Datuk Zainuddin Abd Wahab, Pengarah Kanan Tourism Malaysia dan juga media dari Malaysia yang akan mengikuti lawatan suai kenal dan menerokai keindahan Bhubaneswar.
Sempena penerbangan sulung ini, sidang media dan majlis sambutan telah berlangsung hari ini di Bhubaneswar dengan kehadiran Ashok Chandra Panda, Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Odisha; Arti Ahuja, Jabatan Setiausaha Utama Pelancongan Odisha; Tuan Yang Terutama Dato’ Hidayat Abdul Hamid, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India; YBhg. Datuk Zainuddin Abd Wahab, Pengarah Kanan Tourism Malaysia dan juga Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata,
“Kami amat teruja berada di Bhubaneswar hari ini untuk meraikan penerbangan sulung kami ke bandar yang indah ini. Kami adalah syarikat penerbangan pertama yang menawarkan laluan antarabangsa ke Bhubaneswar dan kami berbesar hati dengan sambutan meriah yang diberikan kepada kami oleh kerajaan dan rakyat Odisha. India merupakan pasaran penting buat kami di AirAsia dan laluan unik baharu ini melambangkan komitmen kami dalam menawarkan lebih banyak sambungan laluan ke negara ini.
“Matlamat dan komitmen kami untuk berkembang di pasaran India selaras dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk menambah bilangan slot bagi syarikat-syarikat penerbangan Malaysia untuk beroperasi di antara kedua-dua negara. Dengan ini, kami berharap untuk membantu meningkatkan aktiviti pelancongan dan perdagangan di India dan Malaysia. Juga terus menyediakan sambungan yang lebih baik dan juga perkhidmatan terbaik kepada para tetamu kami yang terbang dari dan ke India,” tambah Aireen.
Para tetamu juga boleh menggunakan perkhidmatan AirAsia Fly-Thru untuk sambung ke penerbangan seterusnya dan bagasi didaftar masuk terus ke destinasi terakhir tanpa perlu pemeriksaan imigresen di hab transit.
Dengan perkhidmatan ini, para tetamu kini boleh terbang ke Bhubaneswar dengan lancar dari bandar-bandar di Asia dan Australia, seperti dari Melbourne, Auckland, Bali, Bangkok atau Haneda ke Bhubaneswar melalui Kuala Lumpur.
Kumpulan AirAsia juga menghubungkan Bengaluru, Visakhapatnam, Kolkata, Kochi, Hyderabad, Chennai, Tiruchirappalli, New Delhi terus ke Kuala Lumpur; dan dari Chennai, Bengaluru, Kochi dan Kolkata terus ke Bangkok, Thailand.
Juga dikenali sebagai “Temple City of India”, Bhubaneswar adalah ibu kota negeri Odisha, India yang dahulunya dikenali sebagai Orissa dan mempunyai penduduk lebih dua juta orang. Bandar ini kaya dengan sejarah lebih daripada 3,000 tahun dan kini merupakan bandar yang berkembang pesat dengan daerah komersil dan peningkatan dalam sektor pelancongan melalui pembangunan hotel baru, kedai-kedai dan restoran-restoran.
Di antara tempat tarikan mesti dikunjungi termasuk Kuil purba Lingaraj yang dibina pada abad ke-11 sebagai “the truest fusion of dream and reality”, Kuil Konark Sun, merupakan simbol warisan India dan Tapak Warisan Dunia UNESCO seni bina Timur di India dan tempat-tempat seperti Gua Khandagiri dan Udayagiri yang wujud sejak abad ke-2 SM.
Tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Tribal Bhubaneswar kaya dengan koleksi artifak, kraftangan dan objek seni yang pernah dimiliki oleh suku kaum yang berbeza; ‘The Buddhist Circuti’ muzium bertaraf antarabangsa yang mempamerkan pelbagai penemuan artifak Buddha; manakala taman Raj Bhavan merupakan satu mercu tanda penting bagi ibu kota moden Odisha.
Para tetamu juga boleh melihat produk-produk tempatan seperti Chandua, hasil kraftangan Orissa, dan produk-produk lain seperti lukisan tradisional, barang kemas diperbuat dari perak dan kain kapas sutera yang dikenali sebagai Sambalpuri. Selain itu, pelancong juga boleh bersantai di sepanjang pantai Puri dan Gopalpur.
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan berita terkini mengenai aktiviti dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur (KUL) – Bhubaneswar, India (BBI)
No Penerbangan |
Dari |
Ke |
Perlepasan |
Ketibaan |
Jadual Penerbangan |
AK 31 |
KUL |
BBI |
2210 |
2325 |
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |
AK 30 |
BBI |
KUL |
2355 |
0620 |
Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad |